June 28, 2011

penyesalan amat menyakitkan

Assalamulaikum :)

p/s : entry yang panjang. nak baca, bace, xnak bace sudah.hanya aku :)))

Penyesalan sesuatu amat menyakitkan bagi aku, okey sekarang aku berumur 19 tahun. kategori dewasa lah. dalam hidup aku, aku tak pernah bagi sesuatu yang dapat menggembirakan ibubapa aku, okey -.-, dalam diri ini, hanya tuhan saja yang tahu. aku menyesal dengan mencorakkan hidup dewasa aku ini. andainya dapat ku ulang semula. sekarang, kawan-kawan aku yang seangkatan deangan aku, sibuk dengan persiapan ke luar negara. persiapan visa. semua orang akan fly. aku ? hanya pandai fly sekolah kah ? andainya ku dapat ulang semula. tak kan ku buat semua benda itu, -.- ya allah :(( mungkin ada hikmat disebalik ini. Aku bukannya bodoh. aku bukannya tak pandai. Sekolah rendah dulu, aku seanggkatan dengan orang-orang hebat. UPSR 5A, Alhamdulillah. masa ambil result, mama aku peluk aku sambil menangis, dalam diri ni tekad nak terus bagikan kejayaan kepada ibubapa aku. -.- Alhamdulillah, aku dapat tawaran ke MRSM Jeli. Kat sana aku teruskan kecemerlangan aku. guna masa untuk study. susah sekali bagi aku nak gunakan masa kat sana dengan maen-maen dengan perkara yang tak berfaedah. Di sana, aku sempat bermaen badminton sehingga peringkat kebangsaan. dan alhamdulillah aku menang. Allah bagi aku kejayaan. Selain itu, aku juga bermaen bola tampar untuk peringkat zon. aku memang berjiwa sukan, tapi pelajaranku tak pernah tinggal.Selama tiga tahun mengikuti pembelajaran di MRSM Jeli, aku dengan izin Allah mendapat keputusan dengan cemerlang. alhamdulillah aku mendapat 8A dalam PMR.

Dengan berbekalkan keputusan cemerlang dalam PMR, aku dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM Pengkalan Chepa. Di sana, aku bukan aku, hilang sifat kerajinan. Aku berubah, kerja sekolah selalu copy paste. Aku berubah kerana aku tak nak melanjutkan pelajaran kat sini. tapi apakn daya. kalau aku menolak, aku kemungkinan dapat belajar bukan di MRSM Jeli balik. maybe dihantar ke mana entah. okey aku kecewa. aku mogok. aku cuba terima keadaan aku di sana. mulai hari pertama, aku sangat tertekan.Aku dimasukkan ke kelas akaun, apa yang tak diminta oleh aku. sekali lagi aku tertekan. Pergi jumpa HEA, HEP dengan masalah aku. then dapat tukar kelas. baek-baek je aku belajar dalam kelas baru, aku kena tukar balik kelas lama aku. okey -.- aku dah memang tertekan gila. apa nak jadi jadilah.

2009. Tahun paling penting bagi aku, tahun aku menduduki SPM. Setelah melalui setahun yang durjana bagi aku, aku try come back. jadi diri aku. come on Nurfatiha. aku berusaha, study seorang diri, study subjek tingkatan 4 yang penah aku tinggalkan. Dan seperti dulu, aku akan mewakili maktab untuk pertandingan badminton dan bola tampar. bagi aku sports is my drug. aku bermaen sehingga perigkat Kelantan. Alhamdulillah. ada juga kenangan aku disana. orang laen terima sijil anugerah pengetua, aku ? sijil bermaen.  SPM? Alhamdulillah, hanya itu rezeki aku, aku tak dapat result cemerlang macam orang laen. Seminggu aku tak keluar rumah. kecewa. menyesal -.- dengan result SPM yang tak seberapa ini, aku hanya dapat panggilan ke matrik sahaja. okey lah dari tak dapat langsung.

Mei 2010, Aku bergelar budak matrik. di sana aku cuba jadi diri aku.Alhamdulillah, aku berjaya diri aku, aku tutor  kimia, tutot biologi, tutor matematik. tapi sayang. aku hanya bertahan mengekalkan aku adalah aku hanya sem pertama. sem kedua aku leka, lalai, maen-maen mula menghantui diri aku. Betol kata orang, kalau tak pandai jaga diri mase peringkat pra u. kita akan lalai. aku mula dengan dunia aku. copy paste kerja macam biasa. -.- ya allah :((((result sem 2 aku agak teruk. nasib baek sem 1 aku okey, boleh cover result cgpa aku. sekarang aku hanya bertawakkal. result upu tak lame lagi. cukup disini saja aku lalai dengan usia remajaku. -semua manusia berubah-

p/s : tiada perasaan takbur atau riak. sekian -.-

9 comments:

aQimie Ceplos said...

hohoho.. xpe, hidup ni kan mcm roda.
papepon. goodLuck tok ur life ^^

Mochalover said...

syg,.it s0 k lar,.. selagi niat kte bet0l,selagi tu Allah t0l0m kte,. nim sume ujian dari-Nya,.yg penting,jgn ptus berd0a, :) sayang kam0! :D

mohdhazlan Dreadlock said...

btl2 mcm roda ...goodluck ..jgn cedih2 :)

tieykah said...

bakpo kisah kito supo niyh?

bakpo nyih!

hahahaha!

Haru Biru said...

rileks la.. tak semertinya kau cemerlang dalam pelajaran kau tu tak berjaya... kau tengok orang mata sepet kat luar.. kadang membaca pon tak reti.. berjaya jugak.. yang penting usaha beb....

Unknown said...

aihh..takper2..belajar dari pengalaman

Hanis MY said...

all d best! blaja sunggoh, bosi tu masuk mrsm, kak skoloh biaso jah...

iem said...

wish u luck..
insyaAllah kalau ad rezeki xkemana....

kokser kokdam said...

blaja leklok.. bila kaye, lanje ambo ek.. =D