June 30, 2011

cerita kerja. HAHA

Assalamualaikum peeps :).

Semakin hari semakin buzy. HAHA. buzy dengan kerja. first time ni kerja dalam hidup. cehh. kena bangun awal. pukul 9.30 dah kena masuk kerja. hari ni hari khamis. yeahh. dah 2 minggu aku kerja. cari duit lah konon. haha. ce tengok kat wishlish ambe tuh. bnyak bebenor nak beli. tak cukup dengan duit gaji. xpe. kerja dengan mama sendiri. kalau rajin boleh up sikit. HAHA. tapi hari tu dah kene marah. bangun lambat. pukul 11 baru masuk. wakakakaka. padan muka. Lepas hari tu, kul 5 dah celik mata. lepas tuh mula lah tak boleh tido. aduii. haha. takut punyer pasal. sekarang ni. tido awal. bangun awl. cehh. macam dok asrama jep. bukan nak cerita pasal ni. nak cerita kisah saya dengan beberapa orang customer.aduiiii

CUSTOMER 1
keadaan pak cik agak mencurigakan. pak cik tu datang dari arah depan. diia parking kereta dijalan sebelah sana, dengan berjalan yang lorat laju terus menuju ke hadapan pintu klinik. aku masa tuh baru bangun tido. aduyaiii.pening nye rasa. tengok pakcik tuh macam erkkk. takut aku. ya allah. muka aku dah pucat mase ni. maen dengan pening lagi. aku pun pergi bukak pintu, still cakap kat luar, mula-mula aku tak bagi masuk,  bila pakcik tuh cakap nak beli jus. aku tergamam. tengok dia balik. aduii. takut nya. then aku rasa serba salah bila dia tunjuk jus yang ada atas meja. aku pun bagi beliau masuk.kesian pak cik tuh, aku syak wasangka kat pak cik tu. bila nampak kesungguhan pak cik tu nak beli, baru lah aku tanya dia macam-macam. dia kata dia lorat gaduh. pak cik tuh singgah kih coz isteri dia suruh beli. ya allah. kesian kat pak cik :( sampai sekarang masih ingat kat pak cik tuh.

CUSTOMER 2
pit pit, bunyi hon sebuah motor kapchai. arghhh. aku geliat bangun. *tido semacam je kerja. HAHA.kat depan klinik ade sorang mamat yang umur dalam linkungan 20-an kot. aku pun pergi kat bukak pintu, still cakap kat luar. takut kot nak ajak masuk dalam. rupa-rupanya dia datang buat marketing. datang nak jual buku kanak-kanak kot. aduiii. aku cepat-cepat cakap. tak de orang ni. okey -.-. mase aku nak tutp pintu tuh, sempat lagi dia berteka teki. aduiiii. tak layan aku.bukan ape. mamat ni macam tiga suku je. takut ~

Itulah antara adegan-adegan yang mencemaskan. HAHA. mase tuh jugak hormon adrenalin rase nak tersembur je. wakakaka. muka boleh siap berlakon ju-on. pucat macam mayat. hahaha. aduiii

Lepas ni. i.allah tak de lagi syak wasangka. tak pasal-pasal pak cik tu kena. sory ye pak :|

June 28, 2011

penyesalan amat menyakitkan

Assalamulaikum :)

p/s : entry yang panjang. nak baca, bace, xnak bace sudah.hanya aku :)))

Penyesalan sesuatu amat menyakitkan bagi aku, okey sekarang aku berumur 19 tahun. kategori dewasa lah. dalam hidup aku, aku tak pernah bagi sesuatu yang dapat menggembirakan ibubapa aku, okey -.-, dalam diri ini, hanya tuhan saja yang tahu. aku menyesal dengan mencorakkan hidup dewasa aku ini. andainya dapat ku ulang semula. sekarang, kawan-kawan aku yang seangkatan deangan aku, sibuk dengan persiapan ke luar negara. persiapan visa. semua orang akan fly. aku ? hanya pandai fly sekolah kah ? andainya ku dapat ulang semula. tak kan ku buat semua benda itu, -.- ya allah :(( mungkin ada hikmat disebalik ini. Aku bukannya bodoh. aku bukannya tak pandai. Sekolah rendah dulu, aku seanggkatan dengan orang-orang hebat. UPSR 5A, Alhamdulillah. masa ambil result, mama aku peluk aku sambil menangis, dalam diri ni tekad nak terus bagikan kejayaan kepada ibubapa aku. -.- Alhamdulillah, aku dapat tawaran ke MRSM Jeli. Kat sana aku teruskan kecemerlangan aku. guna masa untuk study. susah sekali bagi aku nak gunakan masa kat sana dengan maen-maen dengan perkara yang tak berfaedah. Di sana, aku sempat bermaen badminton sehingga peringkat kebangsaan. dan alhamdulillah aku menang. Allah bagi aku kejayaan. Selain itu, aku juga bermaen bola tampar untuk peringkat zon. aku memang berjiwa sukan, tapi pelajaranku tak pernah tinggal.Selama tiga tahun mengikuti pembelajaran di MRSM Jeli, aku dengan izin Allah mendapat keputusan dengan cemerlang. alhamdulillah aku mendapat 8A dalam PMR.

Dengan berbekalkan keputusan cemerlang dalam PMR, aku dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM Pengkalan Chepa. Di sana, aku bukan aku, hilang sifat kerajinan. Aku berubah, kerja sekolah selalu copy paste. Aku berubah kerana aku tak nak melanjutkan pelajaran kat sini. tapi apakn daya. kalau aku menolak, aku kemungkinan dapat belajar bukan di MRSM Jeli balik. maybe dihantar ke mana entah. okey aku kecewa. aku mogok. aku cuba terima keadaan aku di sana. mulai hari pertama, aku sangat tertekan.Aku dimasukkan ke kelas akaun, apa yang tak diminta oleh aku. sekali lagi aku tertekan. Pergi jumpa HEA, HEP dengan masalah aku. then dapat tukar kelas. baek-baek je aku belajar dalam kelas baru, aku kena tukar balik kelas lama aku. okey -.- aku dah memang tertekan gila. apa nak jadi jadilah.

2009. Tahun paling penting bagi aku, tahun aku menduduki SPM. Setelah melalui setahun yang durjana bagi aku, aku try come back. jadi diri aku. come on Nurfatiha. aku berusaha, study seorang diri, study subjek tingkatan 4 yang penah aku tinggalkan. Dan seperti dulu, aku akan mewakili maktab untuk pertandingan badminton dan bola tampar. bagi aku sports is my drug. aku bermaen sehingga perigkat Kelantan. Alhamdulillah. ada juga kenangan aku disana. orang laen terima sijil anugerah pengetua, aku ? sijil bermaen.  SPM? Alhamdulillah, hanya itu rezeki aku, aku tak dapat result cemerlang macam orang laen. Seminggu aku tak keluar rumah. kecewa. menyesal -.- dengan result SPM yang tak seberapa ini, aku hanya dapat panggilan ke matrik sahaja. okey lah dari tak dapat langsung.

Mei 2010, Aku bergelar budak matrik. di sana aku cuba jadi diri aku.Alhamdulillah, aku berjaya diri aku, aku tutor  kimia, tutot biologi, tutor matematik. tapi sayang. aku hanya bertahan mengekalkan aku adalah aku hanya sem pertama. sem kedua aku leka, lalai, maen-maen mula menghantui diri aku. Betol kata orang, kalau tak pandai jaga diri mase peringkat pra u. kita akan lalai. aku mula dengan dunia aku. copy paste kerja macam biasa. -.- ya allah :((((result sem 2 aku agak teruk. nasib baek sem 1 aku okey, boleh cover result cgpa aku. sekarang aku hanya bertawakkal. result upu tak lame lagi. cukup disini saja aku lalai dengan usia remajaku. -semua manusia berubah-

p/s : tiada perasaan takbur atau riak. sekian -.-

June 25, 2011

syukran :)

Hello peeps :)
tadikan saya pergi exam hee :)))
nasib baek lulus. wakakaka.
mesti korang sekalian kate saya lambat an ? HAHA
umur 19 baru nak amik lesen.hee
actually ni kali kedua, kali pertama hari tuh
terpaksa tangguh coz masuk matrik. 
then, lepas matrik ni pulak lah sambung. 
masuk kelas kpp 28 mei lagi
tapi hari ni, 25 jun baru nak ambil test undang-undang.
ni gara-gara penyakit malas baca buku lah ni. hee
sampai siap kena hello dekat cikgu sendirii
okeylaahh, ujian pun dah lulus, jap ag boleh lah lesen L,
lame-lame boleh lah bawak kete sendiri kan ? 
jauh pulak lah meronggeng. cehhhh.
*mcmlah berani sangat. wakakaka
jap ag nak bakar buku kpp, penat ouh study. macam nak amik spm pulak. dok pulun sana, pulun sini. HAHA

p/s : saje nak share kegembira. yehaaa :)))

June 24, 2011

apa nak jadi. aduii

Hello peeps :)
hari aku bangun awal, pukul 5 lebih dah celik mata,
semalam tidur terlalu awal, pukul 1 dah tidur,
semalam adik aku kena tahan kat wad sementara kat HUSM
lepas pergi pagi tu, tiba-tiba petang satu badan naek merah-merah
kesian kat dia :((
then, petang pergi hospital balik, tengok-tengok nurse salah bagi ubat mase sedut pagi tadi. aduiii
macam mana boleh silap nie.

habis benda merah ni naek satu badan. kesian tengok :|
gatal-gatal pulak tu

mase ni menunngu keseorangan. kepuasaan. lol.
kena tahan sampai pukul 12.
nasib baek ellergic tu surut,boleh balik awal sikit.hoho

-------------------------------------------------------------------------------
Hari ni ade test undang-undang. hee
wish me luck. takut kot. HAHA
tahun lepas tak lulus, aduii. satu je lagi.
penangan pergi dengan tak sentuh buku kpp langsung + tak mandi.lol (silap teknikal)
HAHA
kali ni pulun study, baca satu buku siap. hee
siap orang kata, baca buku macam nak amik SPM. hee
study jauh dari orang, tak nak orang ganggu. HAHA
:)


June 22, 2011

peneman suka duka :)


Hello peeps :)
kalau korang masuk blog aku, mesti korang akan tengok muka kucing yang agak comel lah kot dari dapat tengok wajah tuan blog ni kan ? hehe
tak pasal-pasal kucing tuh dapat popular, hehe. siap ada mintak lagi.aduii
actually tu bukan kucing aku, aku jumpa dia masa pergi mana entah. nampak manje je, aku terus snap gambar.
aku memang minat giler-giler kat kucing ni, tak kesah lah. kucing aku ke, kucing orang laen ke. bila nampak je kucing mesti nak ambil peluk. amboiii. hehe

ni la kucing aku yang sentisa teman ku study sampi lewt malam mase tinggal kat asrama. bila malam tidur kat luar ye. hehe. kucing ni name pinah. HAHA. manja nak mati. tak boleh tinggal. sebelum pergi sekolah mesti bagi makan dulu. sekarang tak tahu pergi mana. lepas abis je SPM, lansung tak de terima berita pasal kucing ni T.T. mintak-mintak dah beranak pinak. ada kawan sikit. :p

ni kucing dekat rumah aku. yeaaa. jarang-jarang je aku boleh jumpa kucing aku sendiri. maklumlah, ting 1 dah blah dok asrama. tapi bila balik, nasib baek kenal lagi. kucing ni pun dah tak tahu pergi mane, aku panggil dia adik. hee. manja sangat-sangat. kucing ni hilang, merajuk tak bagi makan. sobs :(

ni maybe adik or abg adik gambar diatas. kembar lah ni. kucing ni kena buang. tak de orang nak urus. mase tu aku kat asrama, bila balik, panggil punye panggil, cari punyer cari, tengok-tengok tak de, aku tnya adik aku, ya, dah kena buang. sunyi hidup aku tanpa kucing. T_T

ni muka merajuk 0.o. merajuk kes ape entah, terus bawa diri, kalau merajuk, kat sini selalu sembunyi. hee
macam tak tahu dia duk kat sini :D

we're happy family :) ni lah family kucing aku. yang besar si abang (bibik) yang kecil si adik (adik), ibu (siti)
semua dah tak de o.0

ni muka time kesakitan T_T. takk nak makan. rindu kat aku kot . hehe

kucing ni ade orang nak bagi mase aku SPM. tapi hajat tak kesampian.lol
entah ade masalah ape. sorry syg :(

time sihat.si adik selalu kena dera.HAHA. kalau maen tak sepahkan rumah tak sah :D

muka tidur. kucing ni name iput. selalu tidur kuat. aduii. tapi sayang iput mati kena langgar. kakak aku yang langgar.debusshh. nak marah rasa. grr

ni lah SITI. my lovely cat. yang pencetus generasi kucing di rumah aku. time ada ular masuk umah aku, siti ni lah yang sibuk, meow sana meow sini, semua naek heran dengan dia. then, lepas tu, aku ikut je dia. tengok-tengok. dia pergi tunjuk ular yang ada dalam rumah aku. nasib baek. tapi sayang. siti sakit, mase tuh aku baru abis SPM. balik-balik dah sakit. tak lame lepas tuh, siti mati . :(((

ni je kucing yang tinggal dalam umah aku. takut nak amik gmbar dekat. kucing ni garang. tapi sekarang semakin baek + manja lagi. hee. (mustang mama)

kisah peneman suka duka saya :D

Betul ke Allah x adil dengan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini
...
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut betul

cepat je sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila
seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan
(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh
memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah padamu

betapa cintanya Allah padamu

tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

p/s : renung-renungkan :p

June 21, 2011

#1 WORDLESS WEDNESDAY :)


mimik muka masing-masing angkara binatang terbang lalu depan muka. lol :p

Kasih ibubapa terhadap anak :)

Hello peep :)
tadi aku keluar pergi ambil adik aku tusyen.
 perghh. memang ramai gila lah orang.
maen dengan hujan lebat lagi tu,
 tambah-tambah tusyen tu dekat dengan traffic light.
lagilah tambah sesak. dalam keadaan hujan lebat tuh,
 mesti lah ayah, mak kita semua tak nak
 bagi anak-anak diorang basahkan ?
ada yang ciap tunggu betul-betul depan pintu la, ada siap bawak payung sambil tunggu depan pintu
tak nak bagi anak diorang basah kena hujan. hujan semakin lebat. masing-masing macam nak pergi masuk tengok konsert Siti Nurhaliza. serbu je masuk. jadi jem pulak.aduiii. menunggu lah nampaknya, terdetik dalam hati aku ni, tengok betapa sayangnya, betapa kasihnya terhadap anak masing-masing. tak nak bagi kena hujan, siap jemput depan pintu, macam anak raja je. tapi bila dipikir balik, anak-anak sekarang ada ke bila dah besar jaga baek-baek ? tak sakitkan hati ibubapa ? hormat ? tak semua macam ni ya. Tapi remaja sekarang  dah banyak lawan cakap ibubapa la, pukul, buat ibubapa sakit hati, dan yang paling tak da hati peruttttttt, siap bunuh lagi. grr. aduii.

 dah tak kasihankan ibubapa kita ? 
dah tak sayangkan ibubapa kita ?

 macam mana nak bau syurga macam ni. sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu. hee




|kalau kita ada perselisihan faham dengan ibubapa kita, pandanglah muka mereka ketika mereka tidur. I.allah disejukkan hati kita. Sesungguhnya menatap wajah ibubapa adalah nikmat|

so, sama-samalah kita jadikan teladan.

p/s : saya pun pernah sakitkan hati ibubapa saya, so sama-samalah kita berubah kearah kebaikan :) peace !

Mengapa Lelaki Menangis?



Hello peeps :)
kali ni kita sedih-sedih pula. HAHA
tak da la, tengok tajuk entry, aduii, masalah besar ni. HEHE

MENGAPA LELAKI MENANGIS ?

kenapa ? mengapa ? bila ? dimana ?
wow ! secool-cool * betul ke lelaki pun nangis.
pondan ke bila lelaki nangis ?
no lah, ni nak dikatakan lelaki ni ada jiwa.aduii. HAHA

lelaki menangis bila :

1) Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki juga menangis bila tengok cerita cinta yang sedih. Ini memang tidak dapat dinafikan sebab nik pon kalau tengok cerita yang sedih nik pon terikut sedih juga..betul tak wahai lelaki²-lelaki diluar sana? hohoooooiiii :)
2. Putus cinta
Bila masuk bab cinta ni, lelaki kalau putus cinta mesti akan menangis(bukan wanita saja tau)… lelaki kalau putus cinta, selalunya tak akan menangis dihadapan wanita. Sebab lelaki tak ingin wanita pandang mereka lemah.. Perempuan menangis biasa jumpa. Lelaki menangis, susah nak cari.Kadang-kadang ade je lelaki menangis depan wanita, tanda lelaki tu betol-betol sayanglah kat wanita tu. ceewaahhh :)
3. Kehilangan orang tersayang
This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri hatta kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga. kalau tak menangis juga, takdak perasaan la tu.
4. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.  Bukan perempuan je, lelaki pun boleh ketawa sampai menangis tau. HAHA.lol :p
5. Depress sangat
Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? betul kan…
6. Mengecapi kejayaan
Berjaya mendapat kejayaan dalam perkerjaan ataupun pelajaran. Hooray! hehe
7. Tengok orang susah
Wah. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini susah sikit nak cari. Ada lagi ke lelaki macam ini? Ada je kot :D
8. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga.

9. Team favourite kalah dalam football match
10. Menangis kerana-Nya
Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~
Tapi apa pun, lelaki juga boleh menangis. Mengapa tidak. Kita juga punya perasaan bukan? Jangan disangka jika lelaki itu badannya sasa tidak pernah menangis walau sekali…
Kesimpulannya, lelaki mahupun wanita masing-masing mesti pernah menangis. Cuma, apabila menangis janganlah kita menangis dalam jangka waktu yang terlalu lama kerana ianya akan memudaratkan kesihatan kita..



sumber : macam-macam ada :)

June 19, 2011

satu malam yang saya perasan. uwaaa. hahaha



Hello peeps :)
nak cerita sikit, malam aku yang perasan.lol
macam mana boleh jadi ni. aduii. haha. buat malu je.
semalam aku pergi tesco, pusing punyer pusing
berhenti dekat satu kedai ni,dengar lah satu bunyi yang selalu lelaki buat kat perempuan suwet-suwet gitu. haha
reaksi aku masa tuh, tengah control giler kot. amboiii. haha. tak de la. wak bease sudaaa.hehe
makk aishh. banyak kali nye kau buat.aishh.aku tak berani tengok belakang. takut nanti orang kate perasan.haha
bunyi dekat-dekat je dengan aku
ayoyo, kenapa dengan lelaki ni.aduiii. dah naek malu den. haha
lepas siap mak aku beli-beli kat situ, aku pun toleh lah jap belakang saje nak tengok sebelum belah pergi
okey memang ade lelaki pun. hmmm. sedap je aiskrim tu dik. aduiii. kuat giler makan aiskrim eh ? siap bunyi-bunyi lagi. nasib baek aku tak control ayu-ayu gitu. haha.
MALU.MALU.MALU 
malu dengan diri sendiri. HAHA

muka orang perasan. HAHA
*PIPI SEMAKIN HARI SEMAKIN SIHAT.aduiii.

padan muka. malu semalunya. HAHA

gambar awak memang comel.

Hello peeps :)
haduii, tulis entry ni dengan mood gundah gelana sikit.sakit hati lah jugak.
aduii. tapi tak de kaitan pun dengan tajuk entry kali ni.


okey-okey, let's begin. sape yang tak de account fb ? *ce angkat tangan
penipu lah kalau tak de kan. kalau tanye sape ade mesti berduyun-duyun angkat tangan.hoho


actually entry ni pasal gambar-gambar yang comel dijadikan default picture.adess.
kalau gambar tu pemilik fb itu sendiri, tak kesah
ni maen dengan manusia yang gila populariti. aduiii
maen ciplat rembat je gambar orang laen asalkan cantik + hensem


bila gambar dah cantik, banyak lah manusia-manusia yang suka stalk ni add.
hoorayyy. aku ada 3ribu kawan. 4 ribu kawan. popular tu kan.
bila letak gambar cantik, ramai lah datang mengayat nak kenal
inbox, notification penuh, merah liplap-liplap. hehe


Mesti ramai yang dah kena kan?
 tiba-tiba jadi dua account fb,gambar sama, nama pun sama.
perghhh, dah tak de kerja la tu. cari nahas.
ish kalau aku jumpa manusia macam ni. memang nahas la.grr.


baek aku, banyak letak gambar kucing si penglipurlara hati aku tu.
tapi sejak kebelakangan ni mak aku suruh  aku gantikan dengan  gambar ni
so aku ikut la. tak kesah pun.hoho


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

:)








June 18, 2011

gosip lagii.aduiii.

Hello peeps :)
cakap pasal gosip, mesti perempuan yang naik nama.
tambah-tambah kalau bagi yang tinggal di asrama.
aduii, lagi sedap lah bergosip
bukan ape, isi masa lapang lepas penat study.
macam bease je. cehh. hehe

tapi kalau lelaki gossip, pergh
lagi hebat kot, adeeii, tak boleh lawan.
kalau perempuan dengar. perit-perit.
terkejut kot, yela kan, lelaki ni famous dengan cool nye.
kalau perempuan. emo sana emo sini. ye dak? hehe


TUJUH GOSIP CARA LELAKI 

1. Duduk di kedai mamak sambil melayan bola sambil bergosip. Selalu golongan muda banyak bergosip mengenai pemain bola kesayangan mereka dan orang sekeliling ketika itu. 

2. Bagi golongan pekerja, mereka selalunya banyak bergosip mengenai keadaan pejabat dan ketua mereka. Pasti akan ada saja perkara yang ingin diperkatakan. 

3. Bagi pasangan kekasih, percaya atau tidak mengikut kajian pakar psikologi, hampir separuh lelaki akan bergosip mengenai banyak perkara kepada teman wanita mereka. Tidak kurang juga yang mendengar teman wanita bergosip kepada mereka. 

4. Lelaki ini jika bergosip selalunya akan membawa kepada pertengkaran. Ini kerana mereka begitu agresif dalam bergosip sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain. 

5. Lelaki bermulut jahat sering dikaitkan dengan lelaki lembut. Namun, tidak semua lelaki seumpama itu bermulut jahat atau mempunyai perilaku negatif seperti suka mengumpat atau memburukkan orang lain. 

6. Golongan atasan juga ramai yang boleh dikategorikan sebagai kuat bergosip. Selalunya, mereka bercerita mengenai pesaing mereka dan pekerja mereka. 

7. Bagi lelaki pertengahan usia, gosip mereka merangkumi pelbagai pekara tidak mengira politik, isu penempatan dan hal-ehwal anak-anak mereka. 

Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka."
(Hadis riwayat Imam Tarmidzi dan al Hakim)

SUMBER : BERITA HARIAN

kerja.lalala.kerja.lalala


Hello peeps :)
hari ni awal-awal lagi dah bangun
hari ni start kerja baru okey.
kena bangun awal, baru ada komitmen. ceewahhh
even kerja dengan family sendiri pun kena ada disiplin.amboiii
*awal-awal memang macam tu kan.hehe




see, saya jumpa kerja baru lepas sign up jadi baby sitter  :)


i.allah everything going to be okey !

happy happy happy father's day abah :)


Hello peeps :)
19 JUN 2011
happy father's day abah
♥ sayang abah 


-nak tahu saya sayang abah saya. ce try right click- 
:)


| i wish i could go back , back when my only best friend is MY FATHER , when the only listener in my life is MY FATHER , when the only imam in solat in my life is MY FATHER and every pain could be heal with a lollipop and a hug ♥

tapi hari hari bapa kan, ye dak ?

I'M LOVIN' IT


Hello peeps :)
18 JUN - dapat jugak rasmi makan GCB.hehe
sedap taw. rugi sape yang belum toraii lagi.
tambah-tambah makan dalam suasana hujan + sambil tengok bola MAS vs MYN. aduii
macam beasa lah kan time iklan kat tv, perghh
nampak besar je, tapi bila dah ade depan mata,
 bease lah pulak.hoho
tapi memang sedap lah rase mcm ayam blackpepper gitu.


saje nak share cite | peace :) 

June 16, 2011

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia­ (SKMM)

Hello peeps :)
okey, tahu ke SKMM buat ape ? 
aku pun baru tahu je ni.
SKMM=Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ye anak-anak. hehe
mase syok on9 fb tadi, kawan aku bagi satu link suh tgk
then, aku bukak la, dalam pade tuh WOW! teramatlah tegang
laki perempuan bertekak. amboiii, ni macam page ape dah *lupa yang budak kena tembak kat kepala dengan polis. gamat kot. ayoyo 0.o
page ni mulanya page budak kpop, then bila this guy sokong skmm block 10 filesharing websites
habis orang-orang, otai-otai serang page dia ni.aduiiii.
masalah besar lagi, dia buat banner siap yang dia sokong skmm ni.  hoho
siap gambar teruk-teruk pulak tuh yang ade


 yarkkk. gambar tak senonoh langsung * gambar kecil je, nati kotor blog saya.hehe

actually, skmm block semua tuh untuk halang cetak rompak dan nak kembangkan industri tanah air. 
so sekarang, jadi huru-hara sebentar.

dah la sekarang ni banyak je dengar fb yang dah kena hack
kena hack dari pontianak indonesia pulak tuh *yang aku dengar je
ni kes pasal bola yang piala suzuki tu. aduii. macam-macam la kan.
sampai bila la nak habis semua ni * tak kan habis punyer.

LINK MENARIK 

sumber : jejaka gantem + sasa

KNOWING. terbaek !

Hello peeps :)
knowing ? simple je kan tajuk ni.
tapi cerita dia best sangat-sangat.
sape yang dah tengok ?
kat HBO pun ade maen.hehe
first-first tengok cerita ni, rase takut jugak.
ingat kuasa Allah s.w.t
subhanallah.


nak tengok cerita sinopsis knowing tekan sini
terbaek cerita ni tau :) 


action-thriller



June 15, 2011

KONGSI ! -.-

Hello peeps :)
sory kalau saya ni jenis lambat sikit.hoho
actually, saya baru je abis tengok kongsi. lambatkan ?
orang laen dah tukar cerita dah, orang laen sekarang kalut tengok cerita kl gangster.
takpe, lambat-lambat saya pun, akan tengok gak. hihihi

First impression dengar tajuk movie 'KONGSI', alamak ni mesti cerita ganas-ganas.
tengok dia punyer cover pun nampak ganah.hehe
tup tap tup tap, bila tengok sampai habis, enjoy jugak. amboiii.
tu lah pandai-pandai je judge kan ?

Wah, Shaheizy Sam cakap kelantan ? lucu-lucu :) guling-guling suka
hensem + cute pulak tu. aduyaiii. hehe


cute je muka samseng ni. amboi -.-

ni sinopsis cerita KONGSI bagi sape-sape yang tak tengok lagi *ade ke orang lewat mcm saya ? 

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik. nak tahu lebih lanjut. jom tengok kongsi. :)

June 14, 2011

debar sana debar sini

Hello peeps :) 
13 Jun 2011
hidup aku penuh debaran. 

DEBARAN PERTAMA :

Semalam kalau korang dengar radio kelatan dalam area pukul 2.30 petang, korang boleh dengar segmen bersama pak chu, dimana segmen itu time mengiklan produk baru. Okey, aku sebagai anak, hehe menyokong seratus peratus mama aku yang ke konti untuk ditemuramah.Hari ni aku follow up je mama aku ke mana-mana, al-maklumlah penganggur sepunuh mase. hoho. Okey, even aku tak cakap aku yang lebih rase berdebar-debar. Bukan ape, takut ade pape yang tak diingini berlaku ke. hehe. okey bila tepat 2.30 petang tu, segmen tu bermula. aku dengar je dengan serius, cuak dooe. macam mane lah perasaan mama aku mase tuh. okey, before tu pun , mama aku ade cakap dia takut.hehe.aku bagi dia spirit. call ayah aku. then, selepas setengah jam ditemuramah, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. congrate mama. fuhhh. habis jugakkan.Habis debaran aku pertama kali untuk hari ni. :)

DEBARAN KEDUA :

Perkara yang tanpa dirancang. hoho. memang lah kan. sape yang rancang nak eksiden. mase eksiden ni berlaku time aku and adik aku keluar membeli-belah ke kedai jap. mase ni adik aku yang drive keta. aduiii. aku sdiri tak berani drive kereta.adik aku ni jauh dah pergi. aduyaiii. mase nak corner, alamak ! tak lepas lak pulak. berlaga punggung lah dengan kereta tuh. tapi kalau diikutkan, memang salah kereta tu, bukan tempat parking. amboii. *dah tahu bersalah cari salah orang laen pulak. hoho. masalah tu tak selesai pun, kami berkeras tak nak keluar satu sen pun. nasib baek ade abg angkat kami yang tolong selesaikan. kalau perempuan yang selesaikan, mesti tak habis, maen dengan emosi kan. hehe




hari ni penuh debaran. aduyaiiii. dugaan semua tu. hoho  : |



June 12, 2011

Perbezaan lelaki ngan perempuan mase lunch time


Perbezaan lelaki ngan perempuan mase lunch time
Kategori Jenaka, Lawak, Lucu
Bergurau jer, jangan marah nohh.

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step No.31 tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

HeHehehe~ btl ke? ada kot.. tp xsemua..amboii. kenapa bnyak sgt yang perempuan eh. -.0

sumber :copy paste dari fb :)



June 11, 2011

kaloh mene, sayo saye kelate sayo

kaloh mene, sayo saye kelate sayo : pehe dop ? ganah dop ? lawe dop ? teeet. haha. xse emo-emo.peace


napok dop dero kelate tuh ? sory banyop-banyop kalu entry ni banyok dok bobe kot kelate.HOHO

HELLO peeps :) semalam suka tengok maharajalawak malam ni sedih la pulak.aduii tu lah jangan suka banyak-banyak kan dah boleh sakit. kecewa sungguh kot team kijang xleh bawok piala FA balik kelate.hoho. tak da rezeki lah tu. tadi kemaen lagi ma abah adik kakak kucing aku tgk bola.separuh mase pertama, sep-sep dia maen panas badan dulu kot. xda gol. hampehh.

Then, masuk separuh mase ke-2 baru ade gol. yeaaaa. gol dari awee. ore tulen kelate tuh. haha.tuh pum minit ke-79 doh. dah nak abih masa tuh. okey, then, mase tambahan 4 minit, lame giler kot nak tunggu abis 4 minit nieh, pejam celik pejam celik aik, terengganu masuk gol. -.0 okey. mase ni semua orang dalam rumah aku kecoh. macam-macam bunyi. aduiii. 

DAUD SU ? famous jap satu malaysia. even dah terkenal. malam ni name  DAUD SU je orang sebut. sampai kat facebook pun ade kutuk-kutuk DAUD SU, siap buat page lagi, maen kutuk-kutuk. ouch, saya tak suka. racist betul. grr. DAUD SU tak salah pun, even dia tak pleasing bola tuh keluar, kat belakang still ade manusia lagi yang bole sumbat gol. aduii. yang penting DAUD SU hebat nohh, kalau tak, tak sampai pulak kita dekat bukit jalil ni, ye dak ?

nok ngepek seround boleh ? sory lah sapo2 x pehe. ngepek ko ore pata timur meta. haha. "kato lah nok kato apo. oyak lah nok oyak apo.bahah lah nok bahah gapo, ganu meney, male nie daud su tido sedak dale ekon.hoho"

Masuk lah semua mase tambahan, dah agak kalau mase tambahan kelate lenguh lutut sero. hoho.enggak ada pape sih. koma dah buat yang terbaek sepangjang permainan nie, tapi kecewa matyoe x nmpak menyerlah sangat pun,okey. malam ni bukan rezeki kita kan ? lagi pun diorang tidur dengan lena dah nieh. haha

Teeeeetttttttttttt, aku ade dengar sal crite kelate kena beli, aduii, konon2 nak bagi hadiah YDPA.tak sedap dengan den. menang ke kalah, itu pertandingan lah guys.hoho. sal ni kecoh jugak. follow je la. dah tak de rezeki kat kelate nak bawak balik piala tuh. hoho. lagi pun banyak lagi piala-piala laen menyusul, piala liga kan ade. hehe. so kelate apo lagi gomo kelate gomo. don't break your supporters's heart key ? haha. okeylah kelate. even kelate kalah sejauh mane pum, kelate tetap dihatiku 


wajah-wajah superman kelate. lebiuu lah. HAHA

Jap-jap apa pandangan korang perempuan minat bola ? hoho


btw.tahniah terengganu :)

MAHARAJALAWAK MINGGU KE-11

Hello peeps :) 
sikalang mood saya gumbira gilak
ni kes dah kena penangan tengok maharajalawak semalam. hoho
semalam tengok sampai  nak putus urat pancrease *ayat apek.
semalam nak bergegar rumah kami suka. HAHAHAHAHAH *suka tak igt dunia.aduii
semalam yang paling tak boleh belah persembahan JOZAN yang tugasan pertama. aduii
pening kepala ase, macam mane lah diorang leh create cerita sampai jadi camtu. terbaek habis.
semua ma ayah kakak adik kucing aku suka. hahahaha
okeylah tuh kan. gelak hujung minggu. haha. sempoiii.
mesti korang tengok jugak kan ? 
rugi sape yang tak tengok.hehe. xpe boleh tengok yang ulangan punyer.hoho



kecim lana tengok yang ni. terbaek punyer. HAHA

maybe JOZAN up balik kes ramai yang ambushh kat wall fb JoZan Maharaja Lawak
yang bagi komen lawak kurang menjadi.aduiii. 
see, tengok JOZAN dah keep it up. haha.
al-maklumlah diorang ade komitmen laen jugak kan.
tido pun berapa jam je sari.hehe.
*macam tahu-tahu jep.
actually aku selalu follow up tweeter diorang kat sini.hehe
btw. maharajalawak the best 


June 9, 2011

POSTPAID VS PREPAID

Morning peeps :)
entry kali ni, nak cakap pasal penguna prepaid dan postpaid
saia guna prepaid je. hehe. 
anda semua guna ape eh ?
actually, tadi mase kemas purse, *purse baru
jumpa banyak kad prepaid.
aduiii, dihitung-hitung sebanyak RM100
omaiiigod. banyaknye spent kredit mase kat matrik dulu.
tuh baru yang guna kad, tak kira yang col orang suh masukkan.
aduii, kalau kira, duit kredit tu boleh buat shopping. hehe
perlu fikir ni nak kurangkan belanja kredit.
al-maklumlah, ekonomi gawat sekarang.
menganggur.hoho

RM100

Sekarang ni tengah fikir-fikir nak tukar plan number,
nak cari yang boleh berjimat,
please suggest -.-
senang nak sembang lame-lame,
mesej non-stop,hehe. amboiiii. 
HAPPY ? okey ke ? ke DIGI ?
sape guna HAPPY and DIGI ?
plan ape eh yang anda cakap kami bayar?
okey tak ?
nak guna number yang murah-murah.
*cerewet betul kan ?hehe

kan best sape yang guna postpaid.
tak terganggu pun bila nak sembang lama-lama,
hari tu mase form 4 saia dah guna yang prabayar, 
tuh pun yang dah limit kan setiap bulan,
tak sampai sebulan dah sampai limit. aduiii -.-
then tukar balik yang prepaid.
padan muka.lol 

Bagi pengguna postpaid ni, majoriti untuk orang yang dah bekerjaya.hoho
senang untuk kemudahan diorang.
tak payah lah ada time-time urgent tak da kredit, 
nanti buat malu je. hehe

Tapi ade yang kate baek guna postpaid.jimatt. mybe around RM200
kalau guna prepaid RM300-RM350
mak aishh, banyak nya.
depend kepada pengguna jugakkan.

ni servey bagi pengguna postpaid or prepaid -tekan sini-
tengoklah pendapat and reaksi mereka. peace :)