June 15, 2011

KONGSI ! -.-

Hello peeps :)
sory kalau saya ni jenis lambat sikit.hoho
actually, saya baru je abis tengok kongsi. lambatkan ?
orang laen dah tukar cerita dah, orang laen sekarang kalut tengok cerita kl gangster.
takpe, lambat-lambat saya pun, akan tengok gak. hihihi

First impression dengar tajuk movie 'KONGSI', alamak ni mesti cerita ganas-ganas.
tengok dia punyer cover pun nampak ganah.hehe
tup tap tup tap, bila tengok sampai habis, enjoy jugak. amboiii.
tu lah pandai-pandai je judge kan ?

Wah, Shaheizy Sam cakap kelantan ? lucu-lucu :) guling-guling suka
hensem + cute pulak tu. aduyaiii. hehe


cute je muka samseng ni. amboi -.-

ni sinopsis cerita KONGSI bagi sape-sape yang tak tengok lagi *ade ke orang lewat mcm saya ? 

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik. nak tahu lebih lanjut. jom tengok kongsi. :)

6 comments:

Unknown said...

hehe..citer ni memang lawak..tapi kalau bab jalan cerita dia tu apik tak paham..hehehe

Unknown said...

huk aloh..punohh

Haru Biru said...

cerita tah pape je parid kamil ni... syok sendiri kot..... ngeeee hehehe

Hana said...

xtengok lagi..orang cakap best

cik ella said...

shaheizy sam tu pkwe saya =D ngeeee

Misty Melor said...

kurang faham cerita ini.. kesimpulannya... anak2 kecil taleh tengok.. bahasa kurang baik :)