June 21, 2011

Mengapa Lelaki Menangis?



Hello peeps :)
kali ni kita sedih-sedih pula. HAHA
tak da la, tengok tajuk entry, aduii, masalah besar ni. HEHE

MENGAPA LELAKI MENANGIS ?

kenapa ? mengapa ? bila ? dimana ?
wow ! secool-cool * betul ke lelaki pun nangis.
pondan ke bila lelaki nangis ?
no lah, ni nak dikatakan lelaki ni ada jiwa.aduii. HAHA

lelaki menangis bila :

1) Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki juga menangis bila tengok cerita cinta yang sedih. Ini memang tidak dapat dinafikan sebab nik pon kalau tengok cerita yang sedih nik pon terikut sedih juga..betul tak wahai lelaki²-lelaki diluar sana? hohoooooiiii :)
2. Putus cinta
Bila masuk bab cinta ni, lelaki kalau putus cinta mesti akan menangis(bukan wanita saja tau)… lelaki kalau putus cinta, selalunya tak akan menangis dihadapan wanita. Sebab lelaki tak ingin wanita pandang mereka lemah.. Perempuan menangis biasa jumpa. Lelaki menangis, susah nak cari.Kadang-kadang ade je lelaki menangis depan wanita, tanda lelaki tu betol-betol sayanglah kat wanita tu. ceewaahhh :)
3. Kehilangan orang tersayang
This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri hatta kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga. kalau tak menangis juga, takdak perasaan la tu.
4. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.  Bukan perempuan je, lelaki pun boleh ketawa sampai menangis tau. HAHA.lol :p
5. Depress sangat
Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? betul kan…
6. Mengecapi kejayaan
Berjaya mendapat kejayaan dalam perkerjaan ataupun pelajaran. Hooray! hehe
7. Tengok orang susah
Wah. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini susah sikit nak cari. Ada lagi ke lelaki macam ini? Ada je kot :D
8. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga.

9. Team favourite kalah dalam football match
10. Menangis kerana-Nya
Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~
Tapi apa pun, lelaki juga boleh menangis. Mengapa tidak. Kita juga punya perasaan bukan? Jangan disangka jika lelaki itu badannya sasa tidak pernah menangis walau sekali…
Kesimpulannya, lelaki mahupun wanita masing-masing mesti pernah menangis. Cuma, apabila menangis janganlah kita menangis dalam jangka waktu yang terlalu lama kerana ianya akan memudaratkan kesihatan kita..



sumber : macam-macam ada :)

10 comments:

lella lala walaa said...

huwaa ... nak ngis jgk lahh .. hohohoo :)

missh chiorika said...

woaa !
missh belom pnh tgk guy ngis .lalala

apik pehe said...

hehe..tipu la tu kalau laki takder nanges

Mohd Azri Hilmi Bin Razli said...

pokcik pon ponah nangis.. tpi juz 2 sbb je.. 1. Untuk orang tesayang.. 2. Layan drama korea... damn. tpi sorok2.. haha

nota perut: pokcik le blogger baru yang dok buang angin di blog orang lain.. follow n dfollow ye

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

kebanyakannya memang ada betulnya... heee ~ taknak la bagitau yg no bape kan... (^^,)

Far8 budak baik said...

lelaki sebenarnye susah nak
menangis..tapi lelaki yg asli
akan menangis setelah kawin..
pas dpt anak..setelah bergelar sorang bapa..itu lah lelaki...
cewahhh hahahaha

ABU said...

kehilangan orng yg tersayang..tp jrng sngt lelaki mengis..:)

anim said...

laki kalau menangis memang satu dlm seribu..
ehee..
adek beradek sy sume kuat nanges yang laki..lg2 klu berpisah , hari raya n etc,,,
tapi gaya cover.huk2..

tp fakta nurfatiha,most of it is absolutely rite..heeeee

ukhti syikin said...

lelaki di sisi saya... setau saya la... sebab nya number 10... and when... saya mau pergi jalan jauh.. kena berpisah 3/4 kelopak mata dah bertakung sebelum bus jalan :(

armouris said...

lagi info tentang menangis di SIHAT SELALU - Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis