July 3, 2011

saya budak kidal 0_0


Assalamualaikum peeps :) 

sape kat sini adalah golongan kidal? jom jom, kita kumpul ramai-ramai geng! :)


KELEBIHAN BERTANGAN KIDAL

1) hanya 10 peratus daripada 6.7 billion populasi di dunia yang kidal
- wow ! awesome kan bunyi. aduii. hanya 10 % kot. hee. hanya insan terpilih je boleh jadi si kidal. hehe

2) menulis tulisan jawi / arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
-kalau nak tulis jawi kan senang. nak tulis jawi kena start dari kanan ke kiri. so, nanti tak de lah tulisan tak comot. tambah-tambah kalau saya yang menulis (suka tekan bila menulis, sampai muka surat belakang ada kesan )

3)  kamera DSLR memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan warga warga kidal. tangan kiri digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat lensa tersebut. so, mereka dapat ubah fokus kamera & kamera jugak dapat disokong dengan mudah.
-amboii. kamera DSLR pulak tuh. hehe. kena cari ni. 

4) individu kidal mengunakan otak sebelah kanan untuk menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
-aduyaiii, macam mana pulak ni ? -.-". tapi saya tak kreatif pun. aduii. hee

5) bagi warga kidal, bila time drive kereta mesti senang sebab time nak masukkan gear kan guna tangan kiri :)
-haha, tak pernah drive lah pulak. xpe-xpe. coming soon :))


KEKURANGAN BERTANGAN KIDAL

1) susah nak sesuaikan diri dengan barang barang yang di buat untuk pengguna tangan kanan.
- meja dalam bilik kuliah biasanya diletakkan sebelah kanan dan golongan kidal terpaksa menyesuaikan diri supaya dapat selesa menggunakan meja tersebut.kadang-kadang saya kena guna dua meja ni, sebab tak selesa. tapi ade jugak meja semacam ni untuk left-handed

- gunting pun kena guna tangan kanan je. ade je gunting yang khas untuk si kidal tapi susah nak jumpa. kedai kedai tertentu je yang jual.



2) kena pakai jam sebelah kanan tangan sebab kalau pakai jam sebelah kiri, dia macam mengganggu kita untuk menulis.
- kadang-kadang orang laen mesti tengok pelik kenapa pakai jam di tangan kanan, hee. tapi bagi orang kidal macam kami lebih selesa pakai di tangan kanan. x banyak menganggu
 
3) susah nak guna pen yang ink basah & liquid paper-  memang susahh.kena tunggu dakwat tu kering dulu baru boleh sambung tulis ayat lain. kalau tak, mesti comot punya sebab kita seret tangan kita atas tulisan tu, biasalahh dari kiri ke kanan.



20 comments:

amranaiman said...

anda ada kelebihan... :)

tieykah said...

awk si budak keldai.eh silap,kidal

Nur Sulastri said...

wee~ sama ! kidal jugak ! hehe. Sangat menderita bila nak guna gunting ye. Lagi satu, kalau guna pen dakwat basah, habislah kertas tu. Macam kena cakar ayam. Comot ! HAHA. takpe2, kelebihan still banyak, just say Alhamdulillah :)

Hanis MY said...

org lefthanded mmg selalu kreatif dan punya kelebihan tau...bertuahnyaa

kokser kokdam said...

eh, tangan kiri saye pon berfungsi!

eheeee

Anonymous said...

mak nani kidal. masa kecik2 nani boleh guna dua2 untuk menulis. tapi skrg guna tgn kanan je.. :)

tapi utk menggunting dan potong2 atau pegang benda tajam kena guna tangan kiri. tangan kanan tak reti tak leh gerak langsung.

haha. mcmna utk org mcm nani ni pulak? ;)

nurfatiha blacky said...

@nani : eh mcm mane tuh. haha. bestnye dulu dpt tulis 2 2. maybe tgn kanan x bease. tuh x boleh gerak time nak gunting. hee.

@kokser kokdam : tgn sy kiri kanan pun berfungsi :) hehe

nurfatiha blacky said...

@hanis my : certain people kot. tapi sy dop kak. hehe. x kreatif lasum. keras tgn2. hhaa

@nur sulastri :haha. same cm kita. time liquid pom same.

nurfatiha blacky said...

@tieykah : kak kenakk pnggil keldaii. :(((

@ambranaiman : same2 kita ade kelebihan :))

aQimie Ceplos said...

yeaaaa!! kita sekapal ;D
hahaah .. kalau dulu tulis pakai pensil. adoi. kotor buku kan? hehe~

nurfatiha blacky said...

yeaaa :)) haha. memang kalau tulis guna pensilll mesti nmpak comott.

Unknown said...

orang kidal msti pndai kira2 ni.. hehe

nurfatiha blacky said...

kadang2 boleh diterimaa. hee. :))

nadia fatihah said...

hohoho,,nk try jadi kidal eh. ;)

nurfatiha blacky said...

hahaha. besar2 xleh doh nok try. wakakaaa

Abu Bagi said...

best jak tengok orng kidal..

gigih tau abu dtng komen kat sini hehehe

nurfatiha blacky said...

haha. tgk mcm pelik kan ? hee. tq abu :)))

Anonymous said...

tgn kidal susah nak pakai krongsang kan? kakak gee slalu cenggitu... ^^

nurfatiha blacky said...

haha. kadang2 terbalikkk. aduiii.

najihah sahami said...

aw!!mish pun kidal! hehe..geng la kita!