err. ape kena dengan tajuk entry kali ni ? grr.tiba-tiba datang keinsafan.
dah beberapa hari terigat mati.ya allah.
malam-malam sebelum tidur, mesti teringat mati.
pikir ape yang terjadi
kakak aku pun ade mimpi pasal arwah moyang aku
ape petanda semua ni ?
lately, bnyak kematian aku dengar. owh.scary nye. grr.
hei., kenapa nak takut.
semua yang hidup akan mati.huh
ajal maut di tangan Allah.
sekarang ni aku fobia nak pergi jalan jauh-jauh
tengok berita, baca papper mesti ade kemalangan.
confirm kalau jalan jauh aku tak tidur.
aku akan jadi co-pilot.
tak boleh tidur.
terukkan :(
aku cerita kat kawan-kawan aku,
tapi hampehh, boleh marah.grr
aku takut nak cerita kat abah mama
takut kena marah jugak.hmm
sampai bila nak mcm ni ? saya takut. :(
| aku pernah search petanda kematian. grr.saje nak ambil tahu |
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
(sumber : blog tanda-tanda ajal dah dekat)
5 comments:
informasi yg menarik...muhasabah diri kita balik...
nice entry,umur bukan syarat utk menghadapi mati...
@AzwanRamli
azwan : sama2 kita mengingati mati.
@Noh Kodiang
sama-sama muhasabah diri kita balik
nice sharing.. :) utk ingatan bersama..
Post a Comment