September 19, 2012

Malaysia Part 1

Assalamualaikum,

Sungguh nyaman udara di Malaysia, hehe. Dah hampir sebulan lebih dah cuti kat Msia, Alhamdulillah, sangatsangat gembira disamping keluarga, kawan-kawan dan insan teristimewa. Hehe. Hari ni baru ada mood sikit nak update blog, memandangkan duduk dekat rumah nak terkepit dengan mama. Balik dari Egypt hari tu 27/07 then sampai Msia 28/07 malam, sempat berbuka puasa dan bersahur sekali je dengan abah & mama, sebab mereka akan berangkat ke umrah pada 30/07. Nak bermanja pun tak habis lagi, hew hew hew.

Then, lepas je mama & abah berangkat ke umrah. Anak sedara yang kecil ditahan wad. -_- Dugaan menimpa, hampir seminggu jugak ulang alik Kota Bharu - Pasir Tumboh. Nasib baik anak sedara dah kembali sihat, Alhamdulillah. Lepas tu, barulah uruskan sikit-sikit pasal nak raya, Shopping raya tanpa abah & mama, tapi nasib baik ada kakak-kakak. Dengar lagu raya sana sini, tapi still mood nak raya tak ada, Ibu ayah duduk jauh la katakan. 

At last, 13 Ogos, mama & abah pulang ke tanah air, hehe, happy kemain hati ni, adik sampai tak balik asrama, hehe, sampai kena rotan, ish ish. Lepas tu, hidup kembali normal, berbuk puasa dengan makanan yang mama masak. Pulang ke kampung, kampung mama dekat je dengan rumah dalam setengah jam je, ime sahur aku yang tolong hidangkan makanan, sebab time tu, aku belum tidur pun lagi, jetlagged la konon. Hehehe.Suasana ni sampaila berterusan hingga raya. 

Layan gambar lah pulak, baru 2 minggu duduk Malaysia, 200++ keping dah gambar diambil. Hahahaha, sebab ada photografer terpelajarkan. Tapi gambar tak cantik pun.Kehkehkeh.


 Ni Nur Alya Batrisya, anak sedara kedua cek





Shalia Amani :)

 Bazar ramadhan menjadi tempat mencari sesuap nasi untuk berbuka puasa. Cehh.


Debab yang busyuk.

Actually, banyak gambar lagi nak upload, tapi bila dah upload jadi nampak tak cantek, nampak macam screen rosak, hmm.

Happy holiday everyone! :)