December 6, 2012

Trip to Abou Ila'

 Assalamualaikum peeps :)

Ada masa juga nak update blog ni, fuhh. Kalau duduk dekat luar, dalam kelas ke semangat berkobar-kobar je nak update blog ni, konon nak share dengan semua orang apa yang aku alami hari-hari dekat sini, tapi bila dah dalam bilik depan lappy, mak aih, nak bukak blog pun malas. Sekarang nak berfb, bertwitter pun dah malas. Macam ni la bila perasaan malas menyelubungi diri ni. Okey stop membebel.

Memandangkan bumi Zagzig ni dah sejuk, kami semua berpakatla nak pergi baju sejuk dekat Abou Ila'. Abou Ila' ni bukak malam je, macam uptown gituu, tak pun macam Pasar Malam Wakaf Che Yeh bagi-bagi yang kenal. Disebabkan kami bertolak awal dari Zagzig ke Cairo, nak tunggu kedai semua bukak dulu, tunggu kawan kami (tour guide) habis usrah dulu, kami lepak dalam CS dulu. Melabur jugak duit dalam tu. Dekat Abou Ila' ni banyak je baju-baju sejuk, cardigen, baju blouse macam tu, sweater. Kebanyakan yang bundle punyalah, tapi ada jugak yang baru. Tapi semua harga-harga dia murah. Rugila kalau pergi bawak duit sikit, menyesal -,- huhu.

Ni baru 19' sejuk -..-







Baju tu semua beli dekat Abou Ila', 2 helai cardigen, 2 helai blouse. Kalau kira tak habis pun seratus duit Malaysia, hehe ;p  Kita suka kita suka. Hiks. Gula-gula tu beli dekat CS dalam Spinneys. Macam Giant gitu laaa. Okey seharian berjalan, penat gila, then balik Zakzig, terus tidur, nasib baik laa, esokkan kelas pukul 12 tengah hari.

Okeyy, enough for today, Good night people :)

November 13, 2012

Malaysia Part 2

Assalamualaikum people :)

Sekarang dah hampir sebulan berada di bumi Mesir setelah bercuti pulang ke Malaysia selama 2 bulan lebih. Masa dekat Msia memang habiskan masa betol-betol. Spend time with families, friends and love, Hihi. Jadi tak sempat menyempatlah nak update blog ni. Even dah berada di Mesir, still nak continue update masa bercuti kat Msia hari tu, hekhek. Biar rasa fresh fresh lagi kenangan itu berlalu. Hehehe.

Continue dengan Raya 2012 :

Raya tahun ni happening dari tahun yang lepas-lepas, pertama sebab ni kali pertama pulang setelah setahun berada di perantauan. Hehehe. Next, dapat kumpul ramai-ramai 1 family, Tambah-tambah mama abah baru balik je umrah, rumah yang lesu semasa ketiadaan mereka, kembali ceria. Banyak je cerita dari mama & abah. Then tahun ni ada orang tu bagi baju rayaaa, Cantik! Thankyou awak. 

Raya pertama macam beasa, kami semua yang anak-anak abah & mama yang belum berkahwin ni akan pulang ke kampung Pasir Hor, Kota Bharu. Beasanya pada hari pertama akan ikut abah mama nenek semua pergi beraya rumah saudara mara. Hmm macam beasala kan, bila raya barulah nak jumpaaa. Oh Ya Allah, semua masing-masing dah tinggi, dah jadi bapak orang siap. Ada kawan time hingusan dulu dah siap ada anak -_- . Hmm duduk jauh sangat berita tak sampai, Hehe, Btw, Selamat Pengantin yang tak berapa nak baru dah, & tahniah dah ada baby :) Jadi bapa dah eh kau jang.




Then, the next day, time ni mama abah semua orang sibuk beraya, Aku je duduk dekat rumah. Bila pikir-pikir time ni je nak jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Then, ajak la driver of the heart keluar beraya. Sempat pergi 3 buah rumah jugak walaupun kereta macam sardin dalam tin, even masuk jalan pintas pun, sesak. Aik, sakan betol beraya. The next day, Open House babeh, masa yang paling ditunggu-tunggu, sebab ramai kawan datang rumah. Disebabkan hanya 3 orang je anak abah & mama yang tinggal, semua kawan-kawan yang datang majoriti kawan kami. Hehehe. 



















Bila dah lepas buat open house tu, bagi aku dah selesai lah rayaaa, semua orang keluar, tinggal aku dengan adik je. Tapi hari tu kawan aku dari Sabah cakap nak datang, You are welcome sayang. Tapi kenapa datang lepas open house, lagi pun kat rumah takda orang, tidak boleh jumpaa parents i. Hmm, nevermind. disebabkan datang mengejut, banyak masa dihabiskan dengan benda yang tak pernah kami buat, Hahaha, Selapas tgk Karoot Komedia Rayaa, siap menunggang motosikal kot pergi kedai depan. Dah la berjubah masa tu, Desperate sangat semuaa kereta orang guna. Hehe. Selepas habis raya dengan family, kawan-kawan, dengan tersayang, kita beraya dengan tv pulak ;p Hehehe....

Itulah kenangan raya pada tahun 2012! Thankyou guys for a sweet moment. Sekian.



September 19, 2012

Malaysia Part 1

Assalamualaikum,

Sungguh nyaman udara di Malaysia, hehe. Dah hampir sebulan lebih dah cuti kat Msia, Alhamdulillah, sangatsangat gembira disamping keluarga, kawan-kawan dan insan teristimewa. Hehe. Hari ni baru ada mood sikit nak update blog, memandangkan duduk dekat rumah nak terkepit dengan mama. Balik dari Egypt hari tu 27/07 then sampai Msia 28/07 malam, sempat berbuka puasa dan bersahur sekali je dengan abah & mama, sebab mereka akan berangkat ke umrah pada 30/07. Nak bermanja pun tak habis lagi, hew hew hew.

Then, lepas je mama & abah berangkat ke umrah. Anak sedara yang kecil ditahan wad. -_- Dugaan menimpa, hampir seminggu jugak ulang alik Kota Bharu - Pasir Tumboh. Nasib baik anak sedara dah kembali sihat, Alhamdulillah. Lepas tu, barulah uruskan sikit-sikit pasal nak raya, Shopping raya tanpa abah & mama, tapi nasib baik ada kakak-kakak. Dengar lagu raya sana sini, tapi still mood nak raya tak ada, Ibu ayah duduk jauh la katakan. 

At last, 13 Ogos, mama & abah pulang ke tanah air, hehe, happy kemain hati ni, adik sampai tak balik asrama, hehe, sampai kena rotan, ish ish. Lepas tu, hidup kembali normal, berbuk puasa dengan makanan yang mama masak. Pulang ke kampung, kampung mama dekat je dengan rumah dalam setengah jam je, ime sahur aku yang tolong hidangkan makanan, sebab time tu, aku belum tidur pun lagi, jetlagged la konon. Hehehe.Suasana ni sampaila berterusan hingga raya. 

Layan gambar lah pulak, baru 2 minggu duduk Malaysia, 200++ keping dah gambar diambil. Hahahaha, sebab ada photografer terpelajarkan. Tapi gambar tak cantik pun.Kehkehkeh.


 Ni Nur Alya Batrisya, anak sedara kedua cek





Shalia Amani :)

 Bazar ramadhan menjadi tempat mencari sesuap nasi untuk berbuka puasa. Cehh.


Debab yang busyuk.

Actually, banyak gambar lagi nak upload, tapi bila dah upload jadi nampak tak cantek, nampak macam screen rosak, hmm.

Happy holiday everyone! :)




July 1, 2012

Last day as first year Medical Student

Assalamualaikum :')

Alhamdulillah, akhirnya berakhirlah exam final yang berlangsung selama 2 bulan. Lama gila rasa, Untuk menghabiskan 4 subjek tersangatlah terseksa, dengan dugaan luar yang menimpa diri kerdil ini. Berakhir dengan exam oral biochem, yang pada hari itu, semua orang agak kalut, sedikit tidak konsisten exam pada hari itu, My friends and i jadi last group untuk Malaysian student, Alhamdulillah, Dr who asked us is very nice and sempoi, we all siap bincang each others lagi kalau tak dapat jawab.hehe, Thankyou Dr :) InsyaAllah, see you again in the next year.

Pada hari tu jugak, ada sesi pengambaran untuk setiap kelas and mengikut batch. Tapi gambar untuk satu kelas tak dapat lagi, hanya yang ada adalah gambar kita-kitaorang je.

Reaksi apabila hari terakhir di gamaah untuk sesi 2012 :) Wacthhhhchaa!!

 Me & Mira 

 My roomiees

 Kak Izni yang sempoi ;p

 Bestiee! :)

 Poyo!

Rawr!!!


Happy summer holidays friends, hope we will get the best result for this final, so we can back to Malaysia early ;p InsyaAllah, pray for us! Amin :) 

June 4, 2012

Life still go on.

Assalamualaikum wbt.

Today, 6/4/2012 almost 2 months i must been there, then, i have to fly away back to Msia. Now,i'm in middle of exam, just finished with Histology written yesterday. i don't to impress my feeling after the exam, feeling like crying, okey, soalan yang senang, yang diputar belitkan, satu soalan pun tak da soalan direct, semua soalan nak ada relation. Lepas je keluar exam semalam, semua orang muka kecewa.  Ya Allah, kau berikan kepada kami setimpal apa yang kami usahakan Amin. After we finish make an effort and tawakkal now let Allah do His work.

Next,i have 2 papers left. Pyhsiology and biochem. Hopefully, all my bacthmates will do the best for this final. InsyaAllah. If ada yang failed kena repeat, then maknanya kena raya dekat sini la, oh nooo! you know what our feeling right now? takut sangat-sangat,tambah-tambah lepas jawab paper histo yang scary pelikje semalam.

Tengok dekat status fb ade je students yang dah balik Msia, my friend dekat Alex pun dah sampai, my neighbour pun dah sampai,senoir lagi laa. When is my turn? -,- Takpe kuatkan hati,kuatkan semangat, May Allah ease everything :) Oh, time rasa homesick macam ni la rasa i need my family, tapi semua orang sibuk, okey nevermind, don't be chilldish fatiha.

skype with Kaklong. Nur Aisyah Nasywa

Like me when i was child :)

My prince and princess.

Hanya skype dengan anak-anak sedara will make my homesick better. Tengok diorang main,gaduh, suka, oh noo,can i go back now? tsk tsk. Pity you fatiha. Nasib baik ada kaklong time i'm down.

Okey , how time flies faster. now almost 3pm. This time to me to open Physiology book, wish luck for us. thankyouu :) Salam.

April 11, 2012

Tutupkanlah hatiku Ya Allah :(

Hati aku penat nak petahankan semua ini, cukupla selama 7 bulan aku tanggung derita ni sorang, bila berpasangan mesti melibatkan dua hati makhluk Allah, tapi bila hanya seorang je yang terlibat, alangkah perit derita seksa yang ditangung, cukupla layanan  anda tehadap saya macam melayan anjing kurap, cukupla janji manis yang diungkapkan, cukupla semua drama swasta, Ya Allah, tutupkanlah hati aku dari manusia yang haram bagi aku. 

Bukan aku nak mengalah, tapi jika aku yang hanya petahankan hubungan ni, aku GAGAL, Yes, sometimes long distance relationship is nice, but sometimes its very pain. Tapi yang indah hanya dilalui oleh dua insan yang memahami antara satu sama lagi, but kita? not kan. awak tak paham saya, tp saya boleh je paham awak. Semua orang cakap, time berdua ni la menjadi kenangan dalam hidup, tapi ni ke kenangan yang saya ada? anda melayan saya tak ubah macam melayan babi hitam yang hudoh.

Kalau tak boleh lalui LDR, please be honest. Kita break secara baik, saya datang sini bukan nak gila babi pasal anda, who you are? wadafak ! semua benda yang saya buat anda marah macam dah naik setan, good! guy like you please go hell. Tak mustahil kalau satu hari nanti hati ni akan lupa akan anda. thankyou very much ! Anggap kita tak dah jodoh. Go and find another girl, dalam badan saya ni is not your left rib. Get out from my life.

April 7, 2012

Minggu yang membuzykan.

Assalamualaikum :)
Fuhh alhamdulillah, lepasla satu minggu yang membuzykan, buzy dengan test, semua subjek ada test dalam minggu ni. JENG! Alhamdulillah, semua dapat dihadapi even ada gemuruh or tak igt. hehe. Practikal anatomy rasa paling cuak. dah la hari khamis, sebelum tu ada test physio , and histo. hari Khamis paling gempak sebab ada dua exam, anat and biochem. Exam practikal anatomy hari tu terasa sedikit frust, first time exam practikal ni, bila sampai depan museum anat, pakai labcoat then kena masuk terus museum tuh, dah la kena kurung dalam bilik dulu. haha. bising gila dalam bilik tu. then sampai la turn budak perempuan Msia pulak kena, memang gelabah cuak gila masa tu, berdebar, then bila kena turn aku, masuk je, dah la pening, nak pegi meja mana pun tak tahu. Nasib baik ada Dr tunjukkan meja, mula-mula gelabah, tgk je specimen atas kerusi tu, tengok jela, nasib baik tahu ape, first dapat right site of first rib - atypical. 

Setiap satu specimen bagi masa dalam 45 saat je. lepas jawab tu, sempat tgk org lain. Terdetik dalam hati diorang jawab ape panjang-panjang ni, then baru la baca soalan Ya Allah ada soalan lain rupanya. -,- aku kalut, tak boleh pikir, Kringggggg loceng berbunyi, dah hbis masa, kena gerak pergi meja lain -,-  Ya Allah, aku pakat tulis je mark area tu, tu la, masuk-masuk bukan nak baca arahan, ni aku siap tutup kertas soalan dengan kertas jawapan. ABUDEN! First specimen dah gelabah, common ada 9 specimen lagi, gelabah nye akuuuuu. calm down! ada satu specimen tu aku dapat sternum, tapi ni sternum yang complete siap skali dengan body and xiphoid process. nak tulis ape ni -,-  dia nak ape? aku jawab je, nasib baik muscle atachment tu betol. Ni dapat liver pulak, okey liver tak da la susah sangat tapi aku ni bila nampak liver, confident gila -,- sampai confident tu la boleh salah. bodohnya aku. -,- soalan senang je. Okey nasib baik ni bukan final. amik pengajaran budak gemuk.

Next test lepas tu, ada test biochem lagi, amik kau 4 tajuk masuk, vitamin paling banyak -,- vitamin dah nak tertukar dah, B2 B3 B6 B12 semuaa campu aduk, Ya Allah bnyak nyaaaaa. Kat sini masing-masing tak sama dapat soalan, aku dapat soalan set E, nasib baik la banyak masuk yang enzyme, tapi ada jugak yang tak dapat jawab. haha exam histo lagi bestttt, siap bukak buku lagi, sorry doc saya sikit tak bukak buku histo. Kadang-kadang kesian subjek histo and biochem, dianak tirikan jarang kot bukak. Tak pe, nanti final sebelum masuk dewan exam, insyaAllah semua ilmu penuh didada. HEHE ;)


 Jadual dah keluar, nerbesssss takutt -,-
 Pray for me and friends! :)

April 2, 2012

Pecutan semangat.

Assalamualaikum w.b.t :)

Hello April, please please and please be nice to me 31 Mac hari tu ada satu. Seminar Kecemerlangan Profesional 2012. Alhamdulillah, seminar tu dapat menaikkan semangat aku disini. Penceramah pun hebat-hebat, Dr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Muhamad Jantan. mesti semua org kenal. Cakap tengtang semangat ni, lately, kenapala rasa malas sangat -,- Ya Allah, sebulan je lagi nak final, balik kelas makan, on9, bukak buku kejap, then tertido. Begitula hidup aku hari-hari. Bila kat kelas, set la nak buat ni la, study tu la tapi bila sampai rumah, rasa macam ada saka *merepek terus jadi malas, kenapa rajin ni tak dapat kosisten, sedihnnyaa. Dulu every lect. buat nota, tapi bila sekarang, lost hanyut dibuai ombak rindu.Kalaulah abah mama tahu aku kat sini macam ni, sedihkan diorang :( InsyaAllah ni last ni last and last, taknak main-main dah. Bukannya nye aku tak tahu budak medic kena plus plus plus rajin, tapi kenapa aku lalai -,0 sebulan je lagi tinggal nak final. Dah la jenis susah nak paham. 


Dear friends and seniors, please guide me :( 

Ya Allah, kuatlah semangatku meneruskan perjalanan ni, Amin.

InsyaAllah, bila April tiba, hope syaitan-syaitan malas semua aku dapat lawan, study study study! Tajdid niat, ikhlas niat kerana Allah.


March 23, 2012

Switzerland here i come XD

Assalamualaikum peeps :)

Oyeahh, selepas sebulan tamatnya cuti winter, sekarang dah mula balik kelas, back to normal, errk! tak normal mana sebab hidup semakin buzy, dengan belajarnya semakin susah, kelas tambahan lagi, kelas tusyen, okey MATI. Tapi hidup mesti diteruskan, tiba-tiba rasa nak menulis setelah sekian lama tinggal blog, macam tak sempat je nak berblogging sekarang, tapi mengadap facebook, twitter boleh pulak lama-lama. 

Winter break hari tu dapat cuti 2 minggu je, tapi seminggu je pergi jalan-jalan, gi round-round Egypt, tapi tu pun tak semua, then balance seminggu duduk sorang-sorang dekat rumah, sebab sorang housemate balik Msia, then 2 orang lagi pergi Sinaie. Tinggallah aku sorang -,- takut kot, dah la tingkat 2 je rumah, kawasan ni agak bahaya la, then bila rasa bosan kat rumah, try la mintak dengan abah mama nak pergi jalan-jalan dekat rumah mak sedara, HIHI, alhamdulillah dapat jugak merasa, oyeaahhh XD

yeahhh, i got it XD 12 FEB 2012

For the first time in my life travel sorang-sorang, okey independent you know, nak pergi sangat kan. nasib baik tak lama, dengan last minit semua. amboiiii, nasib baik just 4 hours Egypt-Geneva. dah la aku ni bukan pandai sangat ni, sit belt pun orang tolong bukakkan, tu masa nak datang Egypt, tapi masa nak pergi ni, alhamdulillah, survive sorang-sorang, sampai jugak XD. Tapi sayang dapat pergi seminggu je, hehe, tu pun tarik cuti satu minggu lagi, hamboiii, baru budak first year dah pandai tarik cuti. 

13 FEB 2012

















14 FEB 2012




















15 FEB 2012
























16 FEB 2012


















 Okey, sekian sahaja cuti winter saya. Dapatla, rasa main salji, hehe. Lastly, pikir buah tangan yang nak dibawa balik utk abah mama adik beradik gemok kawan-kawan, HAHA, insyaAllah semua ada. terima kasih semua! xoxo