December 6, 2012

Trip to Abou Ila'

 Assalamualaikum peeps :)

Ada masa juga nak update blog ni, fuhh. Kalau duduk dekat luar, dalam kelas ke semangat berkobar-kobar je nak update blog ni, konon nak share dengan semua orang apa yang aku alami hari-hari dekat sini, tapi bila dah dalam bilik depan lappy, mak aih, nak bukak blog pun malas. Sekarang nak berfb, bertwitter pun dah malas. Macam ni la bila perasaan malas menyelubungi diri ni. Okey stop membebel.

Memandangkan bumi Zagzig ni dah sejuk, kami semua berpakatla nak pergi baju sejuk dekat Abou Ila'. Abou Ila' ni bukak malam je, macam uptown gituu, tak pun macam Pasar Malam Wakaf Che Yeh bagi-bagi yang kenal. Disebabkan kami bertolak awal dari Zagzig ke Cairo, nak tunggu kedai semua bukak dulu, tunggu kawan kami (tour guide) habis usrah dulu, kami lepak dalam CS dulu. Melabur jugak duit dalam tu. Dekat Abou Ila' ni banyak je baju-baju sejuk, cardigen, baju blouse macam tu, sweater. Kebanyakan yang bundle punyalah, tapi ada jugak yang baru. Tapi semua harga-harga dia murah. Rugila kalau pergi bawak duit sikit, menyesal -,- huhu.

Ni baru 19' sejuk -..-







Baju tu semua beli dekat Abou Ila', 2 helai cardigen, 2 helai blouse. Kalau kira tak habis pun seratus duit Malaysia, hehe ;p  Kita suka kita suka. Hiks. Gula-gula tu beli dekat CS dalam Spinneys. Macam Giant gitu laaa. Okey seharian berjalan, penat gila, then balik Zakzig, terus tidur, nasib baik laa, esokkan kelas pukul 12 tengah hari.

Okeyy, enough for today, Good night people :)

November 13, 2012

Malaysia Part 2

Assalamualaikum people :)

Sekarang dah hampir sebulan berada di bumi Mesir setelah bercuti pulang ke Malaysia selama 2 bulan lebih. Masa dekat Msia memang habiskan masa betol-betol. Spend time with families, friends and love, Hihi. Jadi tak sempat menyempatlah nak update blog ni. Even dah berada di Mesir, still nak continue update masa bercuti kat Msia hari tu, hekhek. Biar rasa fresh fresh lagi kenangan itu berlalu. Hehehe.

Continue dengan Raya 2012 :

Raya tahun ni happening dari tahun yang lepas-lepas, pertama sebab ni kali pertama pulang setelah setahun berada di perantauan. Hehehe. Next, dapat kumpul ramai-ramai 1 family, Tambah-tambah mama abah baru balik je umrah, rumah yang lesu semasa ketiadaan mereka, kembali ceria. Banyak je cerita dari mama & abah. Then tahun ni ada orang tu bagi baju rayaaa, Cantik! Thankyou awak. 

Raya pertama macam beasa, kami semua yang anak-anak abah & mama yang belum berkahwin ni akan pulang ke kampung Pasir Hor, Kota Bharu. Beasanya pada hari pertama akan ikut abah mama nenek semua pergi beraya rumah saudara mara. Hmm macam beasala kan, bila raya barulah nak jumpaaa. Oh Ya Allah, semua masing-masing dah tinggi, dah jadi bapak orang siap. Ada kawan time hingusan dulu dah siap ada anak -_- . Hmm duduk jauh sangat berita tak sampai, Hehe, Btw, Selamat Pengantin yang tak berapa nak baru dah, & tahniah dah ada baby :) Jadi bapa dah eh kau jang.




Then, the next day, time ni mama abah semua orang sibuk beraya, Aku je duduk dekat rumah. Bila pikir-pikir time ni je nak jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Then, ajak la driver of the heart keluar beraya. Sempat pergi 3 buah rumah jugak walaupun kereta macam sardin dalam tin, even masuk jalan pintas pun, sesak. Aik, sakan betol beraya. The next day, Open House babeh, masa yang paling ditunggu-tunggu, sebab ramai kawan datang rumah. Disebabkan hanya 3 orang je anak abah & mama yang tinggal, semua kawan-kawan yang datang majoriti kawan kami. Hehehe. 



















Bila dah lepas buat open house tu, bagi aku dah selesai lah rayaaa, semua orang keluar, tinggal aku dengan adik je. Tapi hari tu kawan aku dari Sabah cakap nak datang, You are welcome sayang. Tapi kenapa datang lepas open house, lagi pun kat rumah takda orang, tidak boleh jumpaa parents i. Hmm, nevermind. disebabkan datang mengejut, banyak masa dihabiskan dengan benda yang tak pernah kami buat, Hahaha, Selapas tgk Karoot Komedia Rayaa, siap menunggang motosikal kot pergi kedai depan. Dah la berjubah masa tu, Desperate sangat semuaa kereta orang guna. Hehe. Selepas habis raya dengan family, kawan-kawan, dengan tersayang, kita beraya dengan tv pulak ;p Hehehe....

Itulah kenangan raya pada tahun 2012! Thankyou guys for a sweet moment. Sekian.



September 19, 2012

Malaysia Part 1

Assalamualaikum,

Sungguh nyaman udara di Malaysia, hehe. Dah hampir sebulan lebih dah cuti kat Msia, Alhamdulillah, sangatsangat gembira disamping keluarga, kawan-kawan dan insan teristimewa. Hehe. Hari ni baru ada mood sikit nak update blog, memandangkan duduk dekat rumah nak terkepit dengan mama. Balik dari Egypt hari tu 27/07 then sampai Msia 28/07 malam, sempat berbuka puasa dan bersahur sekali je dengan abah & mama, sebab mereka akan berangkat ke umrah pada 30/07. Nak bermanja pun tak habis lagi, hew hew hew.

Then, lepas je mama & abah berangkat ke umrah. Anak sedara yang kecil ditahan wad. -_- Dugaan menimpa, hampir seminggu jugak ulang alik Kota Bharu - Pasir Tumboh. Nasib baik anak sedara dah kembali sihat, Alhamdulillah. Lepas tu, barulah uruskan sikit-sikit pasal nak raya, Shopping raya tanpa abah & mama, tapi nasib baik ada kakak-kakak. Dengar lagu raya sana sini, tapi still mood nak raya tak ada, Ibu ayah duduk jauh la katakan. 

At last, 13 Ogos, mama & abah pulang ke tanah air, hehe, happy kemain hati ni, adik sampai tak balik asrama, hehe, sampai kena rotan, ish ish. Lepas tu, hidup kembali normal, berbuk puasa dengan makanan yang mama masak. Pulang ke kampung, kampung mama dekat je dengan rumah dalam setengah jam je, ime sahur aku yang tolong hidangkan makanan, sebab time tu, aku belum tidur pun lagi, jetlagged la konon. Hehehe.Suasana ni sampaila berterusan hingga raya. 

Layan gambar lah pulak, baru 2 minggu duduk Malaysia, 200++ keping dah gambar diambil. Hahahaha, sebab ada photografer terpelajarkan. Tapi gambar tak cantik pun.Kehkehkeh.


 Ni Nur Alya Batrisya, anak sedara kedua cek





Shalia Amani :)

 Bazar ramadhan menjadi tempat mencari sesuap nasi untuk berbuka puasa. Cehh.


Debab yang busyuk.

Actually, banyak gambar lagi nak upload, tapi bila dah upload jadi nampak tak cantek, nampak macam screen rosak, hmm.

Happy holiday everyone! :)