Genap sebulan kat bumi Anbiaaa ni, memang banyak pancaroba, banyak ke ? entahlah, memang 100% laen dari Malaysia. Kuantiti pasir kat sini lebih banyak dari tanah tumpah darahku. kalau banyak pasir, banyak la debu. kalau orang asthma memang 'suka' lah debu. 2 3 hari duduk kat sini, pernafasan dah bunyi macam tikus tersepit ekor, tapi aku tak habaq kat sapa-sapa pun. malas bagi orang laen bimbang. tak tahu la kalau diorang boleh dengar time aku nyenyak dibuai mimpi balik ke Malaysia.
masa 22 Sept 2011 okey taknak tgk gambar ni lama-lama. sedihhh T.T
kakak aku yang banyak susah payah pasal aku. sayang cikngohh. muah muah
dan nono (si kecil) yang banyak kerenah. haha. missyouu budak.
Sempena aku dah sebulan kat bumi pasir ni, aku nak ceritala sikit masa kedua tapak kaki aku pijak bumi pasir ni.maklumlah, mula-mula sampai mana terus dapat line internet. Aku sampai kat airport Cairo dalam pukul 5:30 pagi waktu Mesiaq, kalau kat Malaysia pukul 11:30 pagi. Memang tak rasa sakit kepala pun duduk dalam kapal terbang lama-lama, 13 jam ? macam-macam boleh buat, macam-macam boleh mimpi, tapi memang sakit b*nt*t la. Asyik tido je dalam tu, bangun time abang machooo kejut tanya nak makan apa. fish or chicken ? dah la dengan suara lelaki macho, terkejut den, tiba-tiba cakap fish -,- melepas tak boleh makan ayam. aduiii
Bila dah keluar airport, alamakkk, macam tak percaya je, semua tulisan dalam jawi dah, satu patah pun tak faham. aduii. susah ni susah. alamakkk, driver diorang sebelah kiri. haha. kadang-kadang time tak igt diorang pandu sebelah kiri, nampak pelik jugak kenapa mak cik tua yang bawak kereta. Transport utama kat sini tremco je. macam van tinggi, pintu takkan tutup, kalau dah habis seat, kena berdirila. time tuh la kena jaga air sembahyang, cehhh. tak da laaa, macam leceh nak ambil sembahyang kat gamaah = universiti.
Rumah aku dekat je dengan Mahattoh *ye kot spelling macam ni. macam chow kit gitu laa. murah la jugak, murah sebab duit Mesiaqq dua kali ganda kita. Setiap kali beli barang, mesti convert dalam duit Malaysia. so selalu aku compare dengan Malaysia, tu la faktor utama duit habis cepat -,- sekarng tak dah, dah boleh nilai sebesar mana wang mesiaqq ni. sampai nk beli highlighter pun siap tawar harga. HAHA. mana tahu la kan takut diorang nak ambil untung dengan kita. tapi memang kira murah dah la.
Betol-betol depan rumah aku ada ladang gandum, sekarang gandum tidur, baringg, musim sejuk kan. macam mana eh nak cakap. daun dia semua sujud ke bumi.haha. time ni la anjing-anjing suka bergolek sakan atas tuh, amboi. kalau bergolek saja pun takpe. tapii siap buat bising lagi. tapi kesian diorang kena halau pagi tadiii. nak je ambil gmbar td. tak sempat cepat-cepat diorang bersuraii. haha. anjing kat sini kawan rapat dengan kucing. makan sama-sama, tapi kalau maen tak pernah tengok.
Area rumah aku macam zoo jugak kot, ada keldai, ada kuda, ada kerbau, anjing, kucing lagi lah banyak. tak da la betol-betol dekat rumah aku, areaaaa bangunan kat sini. tapi sukaa seronokkk je rasa, bangun pun ada binatang kejut. haha. tapi kan aku tak pernah tgk pun ayam hidup depan mata. tak tahu la ayam hidup kat mana. Sentuh pasal ayam, kalau rumah aku beli ayam sekor, esok wajib habis. hantu ayam. hanya ikan je yang kaku tergetar-getar dalam peti, sampai 2 3 minggu. perghh. haha.
Bab makan pulak, ni masalah jugak bagi aku. bagi 2 3 bulan lepas la. sekarang takda la masalah sangat. bukak internet search resipi apa yang kita nak buat. haha. memang hp aku penuh la dengan resipi. bukan la tak pandai, tapi nak confirm je. kui3. hidup dengan kawan-kawan baru kan. mana thu diorang tak suka ni, suka ni. tak boleh la ikut perut kita. alhamdulillah lah, setakat aku memasak tak da la kawan-kawan aku ulang-alik ke tandas. kira lulus la ni. aku siap masak kari, singgang, goreng sayur, goreng ikan kering, tu je kott. jadi lahh. stok budu dah habis. dekat area sini mana ada budu. kalau nak kena pergi Cairo -,- jauhh kot. nak makan budu. nasib baek stok ikan kering banyak. yang banyak tuh yang boleh habis cepat.
Bila dah strt kelas ni, aku tak boleh la nak melalut, nak gatal tangan atas board yang dah liat ni, kena hadap buku awop-awop weiiii. cukup la masa aku maen-maen. time aku buktikan untuk family aku pulak. hope kerajinan aku ni berpanjangan. tak nak hangat taik-taik ayam je.kasi banyak sikit taik tu puihh. penatt tau. ma abah, 6 years tak lama. wait for me. InsyaAllah i will prove it to you. lot of love _acik_
jam :3.52 Malaysia
jam :9.52 Mesiaaq
Esok ada sukan, entah la sukan apa, dah la sejukk, dah cech 19 celcius. tak msuk musim lagii. tapi apa dayaa. kita masuk selimut tidurlaaa. Nite youuu :))
nah tengok la gambar ni. buat mimpt.besar tak kubis aku belii. tapi 2 3 hari boleh habis. vege la konon. chow chin chau. zzzzz