July 31, 2011

happy fasting semuaaaa :)

Assalamualaikum peeps :)

Lamenyeeee tak update blog.hikhik sibuk urus pasal nak sambung belajar la ni. tapi memang pun -.- aku dah besar. tak lame nak masuk U. tapi tahun ni paling aku enjoy, tahun ni dapat sambut 1 ramadhan bersama family terchintaaa :DD lepas 6 tahun dah tak merasa nikmat menyambut 1 ramadhan bersama family. hehe. masa ni jugak la nak bermanja-manja dengan abah & mama, jap lagi tak boleh dah nak merasa semua ni. hukhuk. semalam mase otw balik dari Gua Musang, tengok eksiden berlaku depan mata, ish3. baru nak masuk bulan puasa, dah ade yang kemalangan. nasib baek tak terlibat sama, eksiden tuh berlaku motor dengan kereta belakang aku T.T kesiannn. motor tuh laju sangat. so, hati-hatilah dijalan raya. ingatlah kepulangan anda dinantikan :) hikhikhik

nota : hari pertama sahur, bangun pukul 4 lagi.hikhik. lepas tuh mesti tak bangun terus :) tapi i.allah nak bangun semua sahur, kan dah puasa kat rumah. bukan kat asrama lagi yang perlu turun bukit untuk bersahur

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. 
SEMOGA KITA BERSAMA-SAMA DAPAT MECARI KELEBIHAN DAN KEBERKATAN DI BULAN YANG PENUH MULIA INI.

July 25, 2011

cirit-birit

Assalamualaikum peeps :)

sejak 2-3 hari ni aku kena cirit-birit, aduyai. seksa sehh. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 kali aku ulang alik pergi tandas. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 kali jugak bunyi flush jamban. hekhekhek. entah la. keracunan makanan ke ape. penat-penat.penat macam buat rumah batu je rasa.*hyperbola HAHA. tambah-tambah kalau nak ehem-ehem tuh time malam-malam ke, tak de orang ke, takutttt. mula lah fikir ni, fikir tuh la. padahal baru tengok cite karak tadi. HAHAHAHA. jeng ! nasib baek ade mustang mama *kucing aku yang selalu teman :) 

alamak ! dia datang lagi. pergi dulu. chau chin chau. debushhhhhh -.-

July 23, 2011

berenam-renam ke muara. HAHA

Assalamualaikum peeps :) 

Hujung minggu ? lepas dapur berasap, terus rendam air. sampaikan aku pun berendam. bagus ape berendam ni, dapat menyihatkan semua urat saraf yang tegang, berbelit ape ke. HAHA. tambah-tambah dapat minum air kencing orang. eiiiiiiiiii yulk. tipu lah sape yang tak penah terminum kan ? HAHA. sikit je. -.-  aku paling benci tengok orang berenang mcm anjing. HAHA. sebab aku tak dapat buat. berat badan kot. aduii. HAHA. aku kalau berenang sikit-sikit, boleh la.tapi kalau lepas kat sungai Kelantan ni, dapat makan free tujuh hari la kot kat rumah aku.

gambar aku :)
nanti raya aku mintak maaf


berenam-renam lah aku dimuara 

July 21, 2011

dapur saya hangit -.-

Assalamualaikum peeps :)

HAHA. selamat berhujung minggu semua. cehh :) kalau hujung minggu mesti semua stay kat rumah, masak kat rumah. spend masa dengan family. hee. tapi aku ? uwaaa. kena tinggal dengan parents. aduii. okey, kena tinggal ? hee. ape lagi. jadi cheff la konon. kalau aku masak kelam kabut sikit. HAHA. tadi mase nak goreng-goreng sikit. siap panaskan dapur, aku tinggal jap, kononnya nak cari penyapu. HAHA. sebelum sempat nak pergi ambil penyapu singgah sekejap dekat laptop. nak tahu giler ke tak. sempat lagi aku berblogwalking. siap duduk dalam kedudukan yang selesa lagi. -.- satu jerkahan singgah dekat telinga aku 'acik , dapur tuh ! ' aku mengucap panjang. cepat-cepat ke dapur. satu rumah dah berasap, kuali pun dah hitam. mati aku ! jeng ! lepas tuh, siap masuk minyak ape. skali lagi aku leka. leka cari penyapu dekat luar rumah. jumpa dengan anak kucing. aduyaiii. kucing dengan aku mane boleh dipisahkan. 2 kali dapur aku hangit hari ni. tak pasal-pasal kene berus punggung kuali. hitam legam -.- uwaaaaaaaaaaaaaaa 

lebih kurang macam ni la rumah aku tadi.
kalut jap -.-
(gambar cilok)


July 14, 2011

aku lesbo. HAR HAR HAR

Assalamualaikum peeps :)

HAR HAR HAR. pagi-pagi lagi dah terkejut. ade orang kata aku lesbo. uishh. terok bebeno nieh. 

tengok jela :)

rasa nak gelak pun ada, aku tahu manusia mane yang tanye macam ni. HAR HAR HAR. dah tanya banyak kali kat luar, pandai-pandai tanya kat formspring pulak. aduiii.

mai nak habaq mai : yes ilove my girlfriends soooooo much. mungkin nampak saya x layan kawan mane dengan lelaki. tu yang hang dok kalut tnye ni kan. HAR HAR HAR. yang penting saya bahagia dengan girlfriends saya semuaaaaaa :)

ni girlfriends saya. HAHAHA :)

p/s : jahat manusia ngato sayo :\





July 13, 2011

sakit :\

Assalamualaikum peeps :)

Semakin hari semakn malas nak update.aduuii.kalau on9 pun mesti blogwalking je. Semalam aku tak boleh tidur. SAKIT :\ sakit perut, gatal-gatal badan la. aduii. sampai pagi aku sakit. semalam makan dekat kedai, semua makanan seafood. Memang semalam aku menta kedarah makan banyak giler HAHA. sampai tak ingat aku tak boleh makan makanan seafood sangat. sekarang habis naek gatal-gatal merah kat muka la, tangan la. sakit. tambah maen dengan perut sakit. semalam rasa macam menderita pulak. 0.- sekarang ni pun sakit lagi. ya ALLAH :'(

Betul,nikmat sihat hanya akan terasa bila sakit.

July 12, 2011

#3 WORDLESS WEDNESDAY :)


memang worldless, dah lama tak follow orang sebab ini lah. sampai sekarang tak tahu nak buat camne.
sape-sape tahu ? :\

DILEMMA :|

Assalamualaikum peeps :)

Aduii, lame giler tak update blog ni. buzy berkerja lah konon :\ HAHA. sekarang ni aku mood dalam dilemma, actually, aku dapat tawaran sambung belajar dekat Universiti Zagazig dekat Mesir untuk kos Medic. Okey,sekarang ni mcm tak tahu apa-apa. just tunngu 15 Julai ni untuk keputusan UPU. result UPU pun tak harap mana, coz second sem down -.-

p/s : tolong-tolong. bagi pendapat. hee :) mati akal. :\

July 7, 2011

kepenatan

Assalamualaikum peeps :)

Okey, hari ni aku teramatlah penat. aduii. tapi nak jugak on9. kejap je ni.lepas update ni, bw sikit. jap ag kebabommm ! layu lah aku di pusara katil. wakaka. pameran tamadun islam kat stadium dah start hari ni. okey bermulalah kehidupan yang memenatkan. hari pertama pun dah penat. -.- tolong cabut kaki saya ni. rasa mcm tak de kaki je. aduiii. actually, hari ni aku malu lagi. macam beasa kalau ade karnival macam ni, aku akan pakai baju kameja. kot la. x sure pulak name ape. HAHA. yang kacing butang penuh kat depan. masa kalut angin puting beliung. macam mane lah butang tercabut.aduii. bukan yang kat atas. bukan yang bawah. yang tengah-tengah. T__________T okeyyyyy aku tak perasan lansung. uwaaa.malunyaa. nasib baek kawan aku perasan. HAHA. lame dah ke butang baju aku terbuka ? HAHAHA. gilo eh sero. okey la. saya malu saya nak tido. anda bayangkanlah sendiri bila anda yang kena. nite semuaaaa :))))

santapan sebelum tido

p/s : bace lah apa yang ada dalam gambar di atas. tak rugi :))) / sayamalunakmati :|

July 6, 2011

#1 SPONTANEOUS THURSDAY


Friends are like melons. To find one good, a hundred you must try :)

Assalamualaikum

Assalamualaikum peeps :) 

Hari ni, pukul 10 malam baru sampai rumah. aduii. penat giler rasa. sekarang ni tak dapat tidur. dah lah esok bnyak kerja nak buat.huhu. actually tadi aku gaduh dengan kakak aku. aduii. benda yang lama dah simpan. tengokk. malam ni kan dah meletup. boom ! terbabooommmm! lepas gaduh tuh, mak aish. berdenyut-denyut rasa. sakett kepala : | tak pernah pun gaduh mcm ni. uwaa. habis tuh bila nak baek semula. okey. mesti masing-masing akan buat hal masing-masing. nampaknya lambatla nak boleh baek semula. semuaaaaaa buzy. amik la ko  -.- sape suruh cari pasal. kalau aku tak cakap, sampai bila nak simpan. nak tunggu gunung berapi muntah hijau kot 0.- kuang kuang kuang

maybe macam ni kot muka tengah gaduh tadi. :| jeng !

July 4, 2011

apa itu cinta ?

Assalamualaikum peeps :)

Amboiii. entry kali ni. cinta terrr. HAHA. cinta kadang-kadang indah. kadang-kadang menyakitkan. so sesiapa yang bercinta, bersedialah untuk disakiti. yeehaaa. beasa lah tuh. asam garam orang kata. tapi kebanyakkan aku tengok orang gaduh dekat facebook ni. amboi. masing-masing ego. macam mane nak baek kan. HAHA. memang tak boleh dinafikan, kalau bercinta ni. aduiii. sakit-sakit. tambah-tambah kalau pasangannya kuat cemburu. susahh-susahh. tapi ada pasangan tu, aku tengok dah lapan tahun bercinta. makk aishh. sekarang umur sama dengan aku. 19. kalau kira, umur 11 tahun dah becinta. pandai nyeerr. aku masa tuh. pakai tudung pergi sekolah pun macam mak cik jual etok kat tepi jalan. wakakaka. tak kenal pun apa itu cinta ? bulat macam donut kah ? kueh koci ke ? dengan lelaki pun tak de perasaan. haha. tu zaman friendster. haha. sekarang ni. aduii. tengok lelaki hensem sikit. ehem-ehem. buat kerja elok-elok. *cehh. tipu ja eh. HAHA. 

Tapi bagi yang bercinta tu biarlah setiaaaaaaa, tambah-tambah kena kenal perangai masing-masing. jangan bercinta ni cuma nakkan harta benda, nak kan kemewahan je, tengok lelaki tu ade kereta baru nak. amboii. kalau kat sini panggil (tino gilo besi) kasar lah sikit. haha. masing-masing kena pandai jaga perasaan pasangan masing-masing. hoho. yang lelaki tuh, even perempuan tak nangis, tak marah buat hal, tapi sebenarnyaaa dia menangiss. perempuan ni kuat diluar, didalam ? mak aishh. rapuhh. tu kadang-kadang kalau perempuan menangis dikatakan manja. dia  rapuh di dalam. cehh. wakakaka 



p/s : sayajiwakacau

seram -.-

Assalamualaikum peeps :)

Sebelum balik kerja, sempat lagi buat entry. wakaka. aduiiii. kerja bukan nya banyak sangat. entry ni ada kaitan dengan tempat aku kerja. aduiii. seram kot. haha. biar pun kat tepi jalan besar. naek pekak sakit telinga dengar bunyi kenderaan. Tempat yang aku kerja ni agak luas lah, untuk aku sorang yang hidup. wakakaka. bilik ade 2. tapi aku jarang masuk. aduiii. panjang ke belakang. kalau nak ke bilik air. alamak nye. terpaksa kena ade orang dulu, baru boleh masuk. takutttttt. haha. bilik air kat sini. okey je kot. tak kotor, tak ape-ape, tapi menyeramkan. adessssss.

tambah-tambah, bila mula kerja kat sini ade dengar cerita tentang bangunan ni berhantu. tapi kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita kan. hee. kalau nak buang air besar ke air kecik ke. rela aku tahan. -.- takut punyer pasal. hahaha. kadang-kadang nak basuh tangan pun takut. tapi nak sampai bila kan. bila terpaksa tu, kena pergilah jugak. hee. lepas siap basuh tangan cepat-cepat lari ke depan. aduiiii. macam ni lah aku hari-hari selain menyelesaikan kerja aku. nasib-nasib -.-

ni bukan tempat kerja aku okey ? 
gambar je lebihh. wakakaka
seram tak ? mesti tak kan ? -.-

July 3, 2011

cerita adik abang.





adik: abg tahu tak bila perempuan yang tak tutup aurat akan mula menutup aurat?


abg: pergi haji la dik, masa kahwin, kan?

adik: salah, teka la lagi

abg: (berfikir) masa dah dapat hidayah Allah kan?

adik: salah, nak tahu jawapannya tak, senang ja


abg: apa dia dik?

adik: tadi ustzh ckp kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akn tutup buat selamanya

abg: (hebat kata2 ustazah yang mendalam mksdnya) =)

p/s : tidak bermaksud apa-apa. tapi mari kita semua fikir dan renungkan jom : )


saya budak kidal 0_0


Assalamualaikum peeps :) 

sape kat sini adalah golongan kidal? jom jom, kita kumpul ramai-ramai geng! :)


KELEBIHAN BERTANGAN KIDAL

1) hanya 10 peratus daripada 6.7 billion populasi di dunia yang kidal
- wow ! awesome kan bunyi. aduii. hanya 10 % kot. hee. hanya insan terpilih je boleh jadi si kidal. hehe

2) menulis tulisan jawi / arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
-kalau nak tulis jawi kan senang. nak tulis jawi kena start dari kanan ke kiri. so, nanti tak de lah tulisan tak comot. tambah-tambah kalau saya yang menulis (suka tekan bila menulis, sampai muka surat belakang ada kesan )

3)  kamera DSLR memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan warga warga kidal. tangan kiri digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat lensa tersebut. so, mereka dapat ubah fokus kamera & kamera jugak dapat disokong dengan mudah.
-amboii. kamera DSLR pulak tuh. hehe. kena cari ni. 

4) individu kidal mengunakan otak sebelah kanan untuk menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
-aduyaiii, macam mana pulak ni ? -.-". tapi saya tak kreatif pun. aduii. hee

5) bagi warga kidal, bila time drive kereta mesti senang sebab time nak masukkan gear kan guna tangan kiri :)
-haha, tak pernah drive lah pulak. xpe-xpe. coming soon :))


KEKURANGAN BERTANGAN KIDAL

1) susah nak sesuaikan diri dengan barang barang yang di buat untuk pengguna tangan kanan.
- meja dalam bilik kuliah biasanya diletakkan sebelah kanan dan golongan kidal terpaksa menyesuaikan diri supaya dapat selesa menggunakan meja tersebut.kadang-kadang saya kena guna dua meja ni, sebab tak selesa. tapi ade jugak meja semacam ni untuk left-handed

- gunting pun kena guna tangan kanan je. ade je gunting yang khas untuk si kidal tapi susah nak jumpa. kedai kedai tertentu je yang jual.



2) kena pakai jam sebelah kanan tangan sebab kalau pakai jam sebelah kiri, dia macam mengganggu kita untuk menulis.
- kadang-kadang orang laen mesti tengok pelik kenapa pakai jam di tangan kanan, hee. tapi bagi orang kidal macam kami lebih selesa pakai di tangan kanan. x banyak menganggu
 
3) susah nak guna pen yang ink basah & liquid paper-  memang susahh.kena tunggu dakwat tu kering dulu baru boleh sambung tulis ayat lain. kalau tak, mesti comot punya sebab kita seret tangan kita atas tulisan tu, biasalahh dari kiri ke kanan.